Wednesday, April 28, 2010

Peguam Perancis kes Scorpene kini di Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR, 28 April :
Joseph Breham, salah seorang peguam Perancis yang memfailkan aduan kepada mahkamah Paris mengenai rasuah pembelian kapal selam Scorpene, kini berada di Kuala Lumpur untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai laporan rasuah dalam pembelian oleh kerajaan Malaysia itu.

Breham (gambar), yang bertindak bagi pihak anakguamnya, Suara rakyat Malaysia (Suaram) sebuah NGO yang memperjuangkan hak asasi manusia, dijangka akan berbincang lebih lanjut dengan Suaram dan lain-lain pihak mengenai kes ini.
Menurut akhbar Asia Sentinel, Brehman akan menyiasat pembelian yang dibuat oleh kerajaan Malaysia ini. Ia dikatakan melibatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sendiri dan berlaku pada tahun 2002 iaitu ketika Najib adalah Menteri Pertahanan.

Akhbar itu melaporkan, kes ini melibatkan bayaran rasuah bernilai US$151.1 dalam bentuk komisyen kepada syarikat rakan PM, Abdul Razak Baginda.

Ia melibatkan pembelian dua buah kapal selam Scorpene-class diesel yang dibina oleh Armaris, anak syarikat kepada syarikat pertahanan milik kerajaan Perancis, DCN.

Breham, salah seorang dari tiga peguam yang memfailkan kes itu kepada Pendakwaraya Paris memberitahu Asia Sentinel, Mahkamah Perancis telah membuka siasatan awal terhadap kes ini.

Beliau dijangka akan mengadakan sidang media di Kuala Lumpur hari ini untuk memberikan butiran lanjut mengenai kes ini kepada wartawan tempatan.

Breham, Renaud Semerdjian and William Bourdon, peguam utama kes ini, telah memfailkan permohonan untuk menyiasat tindakan memberikan rasuah terhadap DCN pada Disember tahun lepas. Dokumen tambahan kemudiannya difailkan lagi pada February lepas.

Bagi rakyat Malaysia, kes ini bukan sekadar rasuah tetapi juga pembunuhan kejam terhadap wanita Monggolia, Altantuya Shaariibu.

Abdul Razak turut didakwa tetapi telah dilepaskan sebelum ini. Dua anggota polis bagaimanapun menghadapi hukuman gantung kerananya.
Sumber - Harakahdaily -

No comments:

Post a Comment