Sunday, March 14, 2010

Zahrain mohon maaf kepada orang Melayu..???

Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim secara terbuka memohon maaf kepada para pengundi khususnya orang Melayu kerana bersekongkol dengan DAP sehingga Lim Guan Eng dilantik sebagai Ketua Menteri.

Beliau yang juga bekas Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri turut melahirkan rasa kesal kerana terlibat membantu pakatan pembangkang memenangi pilihan raya umum di negeri ini.
Zahrain menjelaskan, ketika itu, beliau masih belum mengenali sikap sebenar Guan Eng yang merupakan Setiausaha Agung DAP. link di sini
Turut hadir Presiden GPMS, Jais Abd. Karim.

Mana buktinya yang Guan Eng menindas melayu ?
Kalau dah tak dapat tender dah lah, mohon lagi la.. tapi takat syarikat RM2 boleh buat apa ?

Mereka sudah mula melakonkan watak yang di berikan skripnya oleh parti assobiyyah ( kebangsaan ) supaya meracun pemikiran orang-orang melayu supaya menolak parti PR.
Ini kerja bukan sukarela pasti ada gaji ..? kata orang melayu " Ada kerja adalah Gaji "

Macam mana kami rakyat nak percaya semua ini tambahan orang-orang melayu P.Pinang , panggil debat pun tak mau mai , buat pulak report polis .... macam mana kami di pulau pinang nak dapat maklumat sebenar , bak kata orang kampung hang baling batu, pastu hang lari , hang baling hang lari ..

Lim Guan Eng memang cina , sapa kata dia melayu ??  koh tsu koon dari gerakan pun cina apa bezanya..??
banyak bezanya ;-

Pada 2007, katanya, Kerajaan BN mensasarkan Belanjawan 2008 mengalami defisit RM35 juta tetapi sebaik sahaja kerajaan bertukar kepada PR, belanjawan itu mengalami lebihan RM88 juta, iaitu lebihan paling tinggi dalam sejarah Pulau Pinang.



Katanya, bagi Belanjawan 2009 pula, anggaran defisit dibuat sebanyak RM40 juta tetapi pemerintahan Pakatan sekali lagi memberikan hasil dengan lebihan RM77 juta.


Tambahnya, pada 2008 peruntukan untuk hal ehwal Islam yang dibuat oleh kerajaan BN dalam belanjawan tahun sebelumnya hanya bernilai RM12.5 juta, namun pada pembentangan belanjawan tahun 2008, Kerajaan Pakatan telah menambah kepada RM20.5 juta untuk peruntukan 2009.


“Pada pembentangan Belanjawan 2009 peruntukan meningkat lagi kepada RM24.3 juta untuk 2010. Jumlah ini adalah peruntukan tertinggi yang pernah dinikmati oleh intistusi Islam di Pulau Pinang selama ini,” katanya.


Katanya lagi, kerajaan Pakatan juga memberi pengiktirafan kepada para huffaz dengan memberikan peruntukan RM1.5 juta setiap tahun kepada sekolah-sekolah agama rakyat.


Di samping itu, ujarnya dakwaan Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang yang dikuasai Umno bahawa Melayu dipinggirkan dalam agihan projek dinegeri itu adalah tidak benar.


Ini kerana pada 2008, 78 kontraktor Melayu, berbanding 35 kontraktor bukan Melayu telah menerima projek melalui sebut harga, atu kontraktor Melayu dan satu kontraktor bukan Melayu masing-masing telah menerima projek melalui tender terbuka.


Pada 2009 pula, tambahnya 89 kontraktor Melayu diterima untuk projek melalui sebut harga dan bilangan kontraktor bukan Melayu yang diterima berkurangan kepada 19 syarikat sahaja.


Menurutnya, pada tahun yang sama, projek yang diberi kepada kontraktor Melayu melalui tender terbuka bertambah kepada 45 syarikat dan bukan Melayu enam Syarikat.

“Peningkatan yang ketara ini membuktikan Kerajaan Pakatan Rakyat masih menghormati hak kaum Melayu dan tidak menafikan hak kaum lain. Keutamaan pemberian projek adalah bergantung kepada kelayakan, kemampuan dan kesungguhan yang ditunjukan oleh pemohon tanpa mengira kaum mereka.

Tapi malangnya pihak kroni melayu umno yang tak dapat kontrak tu kot ? sebab sebelum ini mereka mendapatnya dengan cara Cable atau jalan belakang agaknya..,

Orang melayu pulau pinang mengesa agar Umno pulau pinang membuktikan yang fakta kerajaan negeri ini salah melalui Debat rakyat dan berhujah dengan Ilmiah dan Fakta yang tepat.

Bukan secara membabi buta sahaja, melalui media perdana sahaja tanpa fakta dan bukti yang kukuh .
kalau tidak orang melayu pulau pinang berpendapat Umno hanya Provokasi semata mata.

50 tahun Umno memerintah apa ada pada melayu pulau pinang ?

No comments:

Post a Comment