Saturday, December 12, 2009

Wan Ismail Dikejarkan Ke HUSM

Wan Ismail Dikejarkan Ke HUSM


Friday, 11 December 2009 21:58 Editor

KOTA BAHARU - Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Melor, Wan Ismail Wan Jusoh, yang sakit ketika mengerjakan haji di Mekah, selamat pulang untuk menerima rawatan lanjut di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, sekembalinya dari Tanah Suci petang Jumaat.
Wan Ismail, 59, dikejarkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) dengan menaiki ambulan sebaik tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, dPengkalan Chepa, selepas pulang dari menunaikan haji di Mekah.

Ketibaan Wan Ismail kira-kira jam 4.15 petang disambut oleh ahli keluarga serta beberapa pemimpin PAS Kelantan yang memenuhi perkarangan balai ketibaan lapangan terbang berkenaan sejak jam 3 petang lagi.

Antara pemimpin PAS yang menyambut ketibaan beliau ialah Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kelantan, Mohd Zaki Ibrahim yang juga Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri, dan Adun Pulai Chondong, Zulkifli Mamat.

Bernama melaporkan Dua hari lepas Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengesahkan bahawa Adun Melor itu uzur ketika mengerjakan fardhu haji dan tidak mengetahui secara jelas penyakit Adun itu.

No comments:

Post a Comment