Taresa Kok disekitar majlis Khatan Perdana dan Khatam Quran Masjid As-Salam..
"GEMPAR!!! Taresa Kok Pula hina Islam!!...seorang lagi pimpinan DAP mengotorkan kesucian Islam!!..Taresa Kok melampaui batas!! DAP rasis, biadab dan berniat jahat!!"
Itu mungkin antara dakyah dan alasan puak gerombolan apabila melihat Taresa Kok dalam majlis Khatan Perdana dan Khatam Quran di Masjid As-Salam, Puchong beberapa hari yang lepas..
Majlis Khatan Perdana & Khatam Al-Quran di Masjid As-Salam, Puchong
Pada Sabtu yang lalu, saya menghadiri majlis khatan dan berkhatam Al-Quran di Masjid As Salam di Puchong. Lebih kurang 100 orang budak lelaki menyertai majlis berkhatan ini. Saya mengambil kesempatan bergambar bersama dengan mereka di hadapan bangunan masjid.
Saya telah dijemput untuk memberi sepatah dua kata sebelum majlis berkhatan diadakan.Yang sedang duduk di belakang saya ialah nazir masjid Haji Yasim b Mohamad yang bercermin mata. Perempuan yang bertudung putih ialah Puan Hanim, ketua muslimat PAS Puchong yang juga merupakan penganjur program hari ini dan dan lelaki yang berpakaian baju hijau muda itu ialah suaminya Haji Sapiyah, Ahli Majlis MPSJ.
Di dalam ucapan saya, saya memberitahu budak-budak yang menyertai majlis berkhatan ini bahawa mereka telah pun dewasa selepas menjalani khatan. Saya menasihat mereka supaya mengikut ajaran agama dan ajaran daripada ibubapa mereka.
Budak-budak ini menyanyikan lagu “Potong” dari iklan P1 Wimax ketika berkompang masuk ke masjid . Saya kata saya amat tertarik dengan iklan Wimax yang menggunakan tema “potong” yang membawa dwi makna. Saya kata iklan kontroversial ini telah berjaya menarik perhatian orang ramai terhadap produknya.
Saya difahamkan inilah kali pertama Masjid As Salam mengadakan majlis berkhatan walaupun telah siap dibina sejak lebih 4 tahun yang lalu . Puan Hanim amat gembira kerana terdapat lebih kurang 100 budak menyertai majlis berkhatan ini. Ini merupakan program yang paling berjaya setelah jawatankuasa masjid dan nazir masjid ini ditukar.
Inilah bilik surgeri untuk khatan yang terletak di bahagain bawah bangunan masjid.
Sumber, Taresakok
Bagi mereka (puak gerombolan), buat la apa sahaja hatta membantu seorang muslim sekalipun, selagi mereka dari DAP, selagi mereka masih kafir, selagi itulah perlakuan dan tindakan mereka (kepimpinan DAP) akan dipandang menghina dan merendah-rendahkan martabat Islam, mempunyai mesej untuk memburukkan Islam, mempunyai niat jahat terhadap Islam dan umat Islam dan sebagainya....wallahua'lam..
No comments:
Post a Comment