Wednesday, December 9, 2009

Siapa Hancurkan Melayu Islam

Posted on Wednesday, December 09 @ 08:13:09 MYT by admin

Ibrahim Ali mendakwa orang Melayu dan Islam akan hancur jika mereka menyokong Anwar dan PR.Berahim juga berkata orang Melayu juga tidak boleh bergantung kepada Pas kerana parti itu hanya mempergunakan agama Islam dan menjadi tunggangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) serta DAP.
Memang Berahim Ali ini bengap dan membengapkan.


Beliau tidak nampak bahawa selepas lebih 50 tahun Umno dan BN memerintah Malaysia ugama Islam dan ketuanan Melau semakin terhakis dan menguncup. Mengapa begitu bebal Berahim Ali tidak nampak semua ini.

Siapa lagi kalau bukan Umno/BN yang terus meminggirkan hukum Islam dan sistem muamalat Islam dalam pentadbiran mereka.?

Siapa lagi kalau bukan Umno/BN yang menjualkan tanah-tanah orang Melayu kepada orang asing?

Siapa lagi kalau bukan Umno/BN yang menggalak dan membiarkan anak-anak muda seronok dalam budaya hedonisme?

Siapa lagi kalau bukan Umno/BN yang memfaraidkan harta negara dijadikan seolah-olah harta pusaka mereka?

Siapa lagi kalau bukan Umno/BN ...........................

Umno Lemas Dan Melemaskan

Tok Guru Nik Abdul Aziz berkata, Umno sekarang berada dalam keadaan lemas. Pada saya Umno bukan sahaja hampir lemas tetapi mereka cuba melemaskan orang lain.

Memang betul apa yang Tok Guru nyatakan itu.

Resam orang yang lemas mereka akan berpaut kepada apa juga bagi menyelamatkan diri. Sebab itu sesiapa sahaja yang berada berhampiran dengan orang yang hampir lemas ini sudah tentu akan jadi tempat berpaut dan mereka cuba menekan orang itu supaya mereka dapat naik ke atas menyelamatkan diri dari kelemasan.

Bila mereka hampir lemas, mereka akan menggagau apa sahaja yang sempat mereka gagau. Tidak kira tahi, muntah, barang busuk dan apa sahaja mereka akan jadikan batu loncatan untuk menyelamatkan diri.

Sebab itu sekarang ini mereka menggunakan senjata tohmah, fitnah dan apa juga bagi memburuk-burukkan orang lain supaya rakyat tidak nampak keburukan dan kebobrokan mereka.

Namun Umno sebenarnya terjerat dan menipu diri sendiri kerana rakyat sudah cerdik dan tahu tipu muslihat mereka.

http://mutaligat.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment