Sunday, December 27, 2009

Penerbangan KLIA-London lewat akibat cuaca sejuk melampau

27/12/2009 11:27am

KUALA LUMPUR 27 Dis. - Jadual penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke London mengalami kelewatan ekoran cuaca sejuk melampau yang melanda England sejak kebelakangan ini.

Beberapa ejen pelancongan dan syarikat penerbangan ketika dihubungi memberitahu, setakat ini berlaku kelewatan jadual penerbangan ke lapangan terbang Heathrow dan lapangan terbang Stansted di London akibat kesesakan trafik dan masalah salji tebal yang menutupi landasan kedua-dua lapangan terbang itu.

Perunding ejen pelancongan Reliance Travel, Jamie Lee berkata, pihaknya tidak menerima maklumat mengenai sebarang pembatalan penerbangan kecuali kelewatan untuk penerbangan ke London.

"Pihak kami (Reliance) sentiasa mendapat maklumat terkini dari Persatuan Agensi-agensi Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA), syarikat penerbangan tempatan dan antarabangsa dari masa ke semasa mengenai sebarang perubahan atau pembatalan penerbangan.

"Kami akan menghubungi para pelanggan sekiranya berlaku sebarang perubahan atau pembatalan penerbangan,” katanya. - Bernama

No comments:

Post a Comment