Thursday, December 24, 2009

Malaysiaku Menagis

07muharam1431 | 24Dec2009

Malaysia perlu bertindak tegas kepada kesemua kementerian supaya lebih berjimat cermat mengunakan wang rakyat .. Supaya tidak ada pegawai kerajaan dan kementerian dapat menggambil  ruang untuk melakukan kesalahan penyalahguna kuasa dan berlakunya gejala rasuah yang menjadi musuh Agama, Bangsa dan Negara Malaysia yang tercinta .



Rakyat semakin tertekan dan menderita menanggungnya atas salah tabir di peringkat atasan hingga ke peringkat bawahan yang menggunakan wang rakyat sewenang-wenangnya.


Badan-2 kerajaan seperti Polis, Kastam, Tentera, Badan keselamatan , Pendidikan , Pertanian , Perikanan dan semua agensi yang memikul tanggungjawab terhadap apa yang di petaruhkan kepada mereka itu.
Jangan sampai harapkan pagar, pagar makan padi.. 


Kita sebagai rakyat Malaysia boleh mempertikaikan kredibiliti kakitangan di semua agensi kerajaan yang telah memegang amanah tersebut, Supaya mereka ini tidak minjadikan jawatannya sebagai satu kesempatan untuk menghimpunkan kekayaan bagi mereka dan keluarga mereka sendiri sahaja.
Perlu ada badan pemantauan yang betul-betul adil atau golongan agama yang ada otoriti yang boleh mendatangkan kegerunnan kepada mereka.
Mutaakhir ini kita di hidangkan dengan berbagai-bagai salah laku pegawai kerajaan , ahli politik, dan berbagai-bagai . Contohnya :-


1) Sistem Kehakiman yang boleh di tentukan oleh pihak luar. Ini amat memalukan .


2) Kes rasuah yang banyak tapi masih tidak ada keputusan .


3) Kehilangan harta kerajaan  seperti enjin F-53 untuk pertahanan negara Malaysia . Ini amat merbahaya ia melambangkan kekuatan pertahanan yang boleh diceroboh begitu mudah.


4) Pembaziran atas pembelian dakwat oleh SPR. ??? sekarang ni nak di lupuskan pulak..  tidak ada tindakan keatas kes ini ?? Ini juga satu pembaziran yang memalukan....begitu saja..


5) Tanah runtuh disanasini, bangunan runtuh , stadium runtuh , Masjid runtuh, Jambatan runtuh.... runtuh, runtuh, runtuh..apa ini..????


6) Banjir disebabkan pembangunan yang tidak dirancang dengan baik dan mengabaikan penduduk di kawasan yang lebih rendah kebanyakkan kawasan kampung yang telah diduduki lama di situ telah diabaikan sistem peparitanya, Apabila kawasan baru yang di majukan pasti mereka akan menambak kawasan tersebut untuk mengelakan berlaku banjir dikawasan itu , Tetapi tempat lain menjadi mangsanya..


7) Pembelian barangan dengan harga yang  tidak masuk akal untuk kegunaan pegawai dan kakitangan . Ini salah satu pekara yang mengecewakan rakyat . apa ni ?? tidak ada pantauan ke?


Dan banyak lagi la penyelewengan yang telah merugikan rakyat Malaysia yang ku cinta ini...... Standard sistem apa yang telah kita guna pakai selama ini .??


Perlakuan salah laku, peyelewengan, gejala rasuah atau pecah amanah ini amat membimbangkan rakyat sehingga rakyat berasa agensi-2 ini tidak boleh di percayai dan tidak bertanggungjawab dan mendatangkan persepsi rasa curiga rakyat terhadap mereka ini teamat sangat .


Persolaannya siapakah yang perlu mengambil tindakan apa bila ia berlaku ..?


Pada padangan penulis, rakyat kebanyakan umumnya tidak hanya berpaut pada satu-satu parti saja dan taksub kepada parti-parti ini sehingga sanggup mendiamkan diri apabila wakil rakyat mereka mahupun bukan wakil rakyat mereka terjebak di dalam salah laku tersebut.


Sepatutnya rakyat kita mesti celik dengan survivor politik tanahair dan perkembangannya,  Mereka harus sensetif terhadap issue semasa untuk membuat pertimbangan atas keberkesanan dan perlaksanaan yang menguntungkan rakyat kesemuanya.


Dan rakyat keseluruannya perlu bersepakat untuk kepentingan bersama, Sehingga boleh mengubah persepsi golonggan itu menjadikan rakyat sebagai TUAN yang perlu di utamakan dan didahulukan takira apa pun yang ingin mereka buat dan cadangkan di masa hadapan.


Cuba anda selidik wakil rakyat anda tengah buat apa sekarang ini..???
Adakah mereka tengah memikirkan tentang permasalahan anda atau orang kampung anda atau rakyat dikawasan anda??


Adakah mereka menjalankan tugas dengan sebaik mungkin..??


Atau anda tak pernah nampak pun beliau apabila ketika anda memerlukan khidmat beliau sama ada anda pilih mahu pun anda tidak memilih beliau... dimanakah beliau ketika itu..???


Adakah kita tidak boleh bersuara untuk itu, dan adakah kita akan diambil tindakan terhadap apa yang kita suarakan ini .


Kita sebagai rakyat bukan barangan pakai buang dengan sewenang-wenangnya boleh diperbuat sedemikian rupa, Ketika mereka memerlukan sokongan meraka datang menghampiri kita, Dan apabila mereka sudah dapat apa yang mereka mahukan mereka berpaling .
Mereka sanggup melupakan apa yang telah mereka katakan.. Meraka biarkan apa yang telah mereka janjikan .


Kalau macam tu, jangan banyak membuat janji hingga akan pasti mereka mengkhianati .


Ini bukan di zaman batu yang hanya mengikut telunjuk kepada yang kuat , Hingga tidak mampu bersuara untuk semua rakyat atau untuk mejoriti hamba rakyat.


Perjuangan ini bukan untuk memajukan mana-mana parti politik mahupun ahli politik individu yang membenarkan perjuangan mencari kekayaan mereka sendiri .


Sistem demokrasi berpalimen yang telah kita amalkan di negara kita ini bukan untuk mengetengahkan kepentingan peribadi dan kroni semata-mata.


Rakyat harus sedar parti yang menang atau yang kalah hanya ditentukan oleh rakyat mejoriti itu .
oleh itu sama-sama lah kita bersatu memilih percapaian wakil rakyat yang bagus atau baik dan perlulah kita tolak akan wakil rakyat yang hanya mencari peluang untuk kepentingan sendiri supaya kita rakyat tidak terabai dan menjadi TUAN dihati mereka.


Pandangan penulis http://mbrm.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment