” Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan akan kebenaran, dan janganlah sekali-kali kebencian kamu terhadap satu kaum itu mendorong kamu tidak berlaku adil, hendaklah kamu berlaku adil ( kepada sesiapa jua ) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah maha mengatahui dengan mendalam apa yang kamu lakukan “ Al-Maidah:8
Saturday, December 19, 2009
Ku Li sedia beri penjelasan isu royalti
GUA MUSANG- Anggota Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, beliau bersedia memberi penjelasan berhubung isu tuntutan royalti minyak daripada kerajaan negeri Kelantan demi faedah rakyat Kelantan.
Beliau berkata penjelasan itu akan dibuat pada perhimpunan raksasa anjuran 51 badan bukan kerajaan (NGO) di Kota Baharu dalam masa terdekat bagi seluruh rakyat Kelantan untuk mendapat gambaran sebenar mengenai perkara itu.
"Buat masa ini saya tidak mahu komen lebih lanjut dan tunggulah masanya nanti kerana saya dijemput hadir pada perhimpunan berkenaan," katanya semasa berucap pada perjumpaan dengan penduduk Kampung Mercu Jaya, dekat sini, hari ini.
Tengku Razaleigh berkata, badan NGO itu sudah berbincang dengannya dan beliau telah memberi persetujuan untuk hadir pada perhimpunan terbesar rakyat Kelantan dan tarikhnya akan ditetapkan nanti.
"Mungkin banyak pihak tertunggu-tunggu perkara yang saya nyatakan nanti tetapi diharapkan mereka memahami perkara sebenar," katanya.-Bernama
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment