Nizar MB Perak sah?
Dec 7th, 2009
KENYATAAN MEDIA
Pada 5 November 2009 setelah berakhirlah pendengaran hujah oleh kedua-dua belah pihak. Mahkamah ditangguhkan dan keputusan dikatakan akan diumumkan pada suatu tarikh yang akan ditentukan. Sehingga hari ini setelah melewati sebulan kes tersebut masih tergantung di Mahkamah apabila keputusan penghakiman masih belum diumumkan.
Rayuan Datuk Seri Nizar Jamaluddin dalam menentukan kedudukan Menteri Besar Perak yang sah telah didengarkan di hadapan lima panel hakim. Panel hakim tersebut diketuai oleh Presiden Mahkamah Rayuan, Datuk Alauddin Mohd Sheriff. Empat lagi hakim ialah Hakim Besar Malaya, Datuk Arifin Zakaria, Datuk Zulkefli Ahmad Makinuddin, Datuk Mohd Ghazali Mohd Yusoff dan Datuk Abdull Hamid Embong.
Sekali lagi Badan Kehakiman melakukan sesuatu yang menyebabkan terhakisnya kepercayaan kepadanya. Setelah sekian banyak penghakim sebelum ini yang melalui jalan sukar bagi Pakatan Rakyat, sekali lagi Mahkamah nampaknya “kurang profesional” sehingga mengambil waktu yang sangat panjang bagi mengumumkan satu keputusan yang penting bagi banyak pihak khususnya kepada Pakatan Rakyat dan ianya penting Bagi UMNO dan BN bagi mebutikan dialah kerajaan yang sah di Perak oleh mahkamah.
Apapun segala hujah telah diberikan oleh peguam kedua pihak yang terlibat dan keduanya telah berkerja kuat untuk memenangkan anak guamnya. Zambry ditambah lagi dengan peguan pencelah iaitu peguam negara yang menyebelahi beliau. Walaupun saya melihat dalam sebuah negara yang dianggap sebuah negara demokrasi mana ada kewarasanya seorang peguam negara menutupkan sebelah mata dan cuma berhujah untuk pihak UMNO/BN sahaja sedangkan dia sebetulnya tidak boleh menyebelahi mana-mana pihak.
Mana mungkin setelah habis berhujah dan telah melewati sebulan tidak ada keputusan yang boleh diumumkan. Keadaan ini menyebakan saya dan banyak pihak tertanya-tanya apa sudah jadi dengan 5 hakim tersebut ?
Apakah masalahnya yang sebenar sehingga keputusan “diperam” dalam tempoh yang sangat panjang. Tidakkah Mahkamah sebelum ini sangat cepat untuk membuat keputusan sekiranya ianya menyebelahi BN dan UMNO khususnya di Perak.
Secara peribadi sekiranya keputusan yang akan diumumkan dalam masa terdekat atau dalam masa yang lebih panjang lagi, saya dengan jujur perlu menegaskan bahawa jika ianya menyebelahi BN tentunya akan menimbulkan keraguan. Ditambah pula sebetulnya jika itulah keputusan yang dikehendaki kenapakah tidak boleh diumumkan pada hari perbicaraan ?
Saya mengandaikan hujah yang diberikan kelak untuk mengatakan Zambry adalah MB yang sah adalah hujah “palsu” dan “rekaan” bagi menyelamatkan hayat BN untuk meneruskan kerajaan kudeta di Perak.
Sebaliknya jika diumumkan MB Perak yang ialah DS. Nizar, menurut firasat saya ditambah dengan kekuatan hujah panel pegual DS. Nizar itulah sebetulnya keputusan yang wajar diumumkan ada 5 November lepas. Kerana itulah bagi saya keputusan ditangguhkan pada hari tersebut !
Oleh itu bagi mengelakan lebih banyak andaian dan persepsi yang buruk kepada badan kehakiman , maka saya mendesak supaya Mahkamah Persekutuan menyegerakan langkah untuk mengumumkan keputusan siapakah MB Perak yang sah.
Sesungguhnya yang menjadi mangsa adalah rakyat Perak. Sejak BN merampas kuasa pada 6 Februari yang lepas keadaan politik yang tidak menentu di Perak membawa kepada keadaan resah dan perasaan tidak puas hati rakyat terutamanya penyokong kami dari Pakatan Rakyat. Tuduh menuduh antara kedua pihak mengeruskan lagi suasana. Apabila hak Pakatan Rakyat yang diberikan mandat leh rakyat pada 8 Mac 2008 dirampas dengan cara yang sangat tidak demokratik.
Kerana itu apa saya keputusan dan langkah yang dilakukan bagi memulihkannya tidak sebaik langkah yang sentiasa kami sarankan itu bubar DUN Perak bagi memberi laluan kepada rakyat Perak untuk memilih sekali lagi.
Kenyataan Media pada 7 Disember 2009
YB. DRS. KHALIL IDHAM LIM
Ketua penerangan PAS Perak/
ADUN Titi Serong.
No comments:
Post a Comment