Tuesday, December 22, 2009

7 lagi ditahan, 4 bayi dan seorang kanak-kanak diselamatkan

22/12/2009 8:38pm
SUBANG JAYA 22 Dis. — Susulan daripada penahanan 13 orang termasuk dalang sindiket penjualan bayi dalam ”Ops Kasih” baru-baru ini, polis berjaya menahan tujuh lagi individu dan menyelamatkan empat bayi serta seorang kanak-kanak berhubung kes berkenaan.
Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, ketujuh-tujuh mereka yang terdiri daripada lima warga Indonesia dan dua wanita tempatan itu diberkas dalam tiga tangkapan berasingan.

"Mereka yang ditahan itu terdiri daripada seorang lelaki dan empat wanita Indonesia serta dua wanita tempatan yang ditahan dari tarikh 15 hingga 20 Dis,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Pondok Polis Puchong Perdana di sini. - Bernama

No comments:

Post a Comment