Saturday, October 24, 2009

Institusi Mahkamah Syariah antara yang cemerlang - Jamil Khir

ARKIB : 23/10/2009

Institusi Mahkamah Syariah antara yang cemerlang - Jamil Khir

KUALA LUMPUR 22 Okt. - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom menafikan pendapat sesetengah pihak bahawa institusi Mahkamah Syariah di negara ini berada di bawah prestasi sepatutnya.
Menurutnya, pendapat itu tidak boleh diterima secara keseluruhan kerana Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail sebelum ini pernah menyatakan bahawa institusi berkenaan merupakan antara mahkamah yang cemerlang di negara ini.
''Itu penulisan blog, tetapi Peguam Negara sendiri pernah memberitahu bahawa prestasi semua mahkamah khususnya syariah adalah di antara yang dianggap cemerlang dan baik.
''Kita tidak boleh ambil satu persepsi untuk gambarkan keseluruhan (prestasi)," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Pameran Menuju Ke Makkah: Catatan Perjalanan Sepanjang Zaman di Muzium Kesenian Islam di sini hari ini.
Baru-baru ini, beberapa Mahkamah Syariah di seluruh negara dilaporkan berjaya menyelesaikan kes tuntutan perceraian di kalangan artis terkenal seperti Radhi OAG dan Norish Karman.
Perkembangan itu menyebabkan beberapa penulis blog berpendapat bahawa institusi tersebut hanya berminat menyelesaikan isu berprofil tinggi yang mendapat liputan meluas media.
Dalam perkembangan lain, Jamil Khir menegaskan, masyarakat Islam di negara ini tidak seharusnya memperbesarkan kejadian aneh seperti sejadah duduk atau berdiri yang tidak diketahui kesahihannya.
Katanya, walaupun kejadian itu mungkin sengaja dilakukan sesetengah pihak untuk menyedarkan masyarakat, ia tetap boleh menjerumus ke arah perbuatan khurafat dan sia-sia.
''Dalam sebulan ini, kita panas dengan isu tentang sejadah duduk, berdiri, yang belum ada lagi adalah sejadah berjalan sahaja.
''Tetapi yang saya hairan dan pelik, tidak ada orang berdiri untuk sembahyang di atas sejadah yang banyak," jelasnya.
Tegas beliau, sekiranya kejadian itu terbukti berlaku dengan sendiri, ia harus dianggap sebagai kebesaran Allah.
Menjawab satu soalan, Jamil Khir memberitahu, kesemua jemaah haji negara yang dijadual berlepas ke Mekah dalam fasa awal ini telah selamat tiba dalam keadaan sihat dan tiada kes berkaitan berkaitan selesema babi atau influenza A H1N1 dilaporkan di kalangan mereka.

Persoalannya adakah makamah syariah benar-benar Islamic sebab tampa adanya undang-2 Hudud...????

No comments:

Post a Comment