Saturday, July 31, 2010

Khutbah Jumaat 30/7/2010 - “MELAYARI INTERNET DENGAN PERTIMBANGAN IMAN.

Firman Allah swt:
30. Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki Yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuannya tentang apa Yang mereka kerjakan.

31.dan Katakanlah kepada perempuan-perempuan Yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali Yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya Dengan tudung kepala mereka…..; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Wahai orang-orang Yang beriman, supaya kamu berjaya. Surah al-Nur

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah swt;
Tajuk khutbah kita pada hari ini ialah: “MELAYARI INTERNET DENGAN PERTIMBANGAN IMAN.’’
Timbul persoalan apakah hukum melayari internet @ berface book? Jawapannya hukum melayari internet adalah harus samalah seperti hukum berSMS, menonton televisyen pada perkara-perkara yang diharuskan, mengambil gambar dan penggunaan teknologi yang lain. Sesuatu yang harus boleh menjadi haram sekiranya disalahgunakan atau bertentangan dengan hukum Allah seperti pelakon yang berlakon sujud kepada syaitan dalam salah sebuah filem yang disiarkan dalam sebuah saluran televisyen baru-baru ini, demikian juga sesuatu yang harus boleh menjadi ibadat sekiranya niat dan tujuannya baik seperti berblog untuk berdakwah dan menulis sesuatu yang bermanfaat, menyebarkan artikel-artikel yang bermanfaat melalui email, menyebarkan hadith-hadith yang sohih melalui SMS atau medium-medium yang lain. Ringkasnya penggunaan teknologi moden memerlukan kepada pertimbangan iman.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Penggunaan internet tanpa pertimbangan iman boleh mendorong syahwat dan akhirnya membawa kepada perkara yang dilarang oleh Allah swt. Allah swt menjelaskan tentang kelemahan manusia dalam mengawal nafsu seperti dalam firman Allah swt:

أُحِلَّ لَكُمْ لَيْلَةَ الصِّيَامِ الرَّفَثُ إِلَى نِسَآئِكُمْ هُنَّ لِبَاسٌ لَّكُمْ وَأَنتُمْ لِبَاسٌ لَّهُنَّ عَلِمَ اللّهُ أَنَّكُمْ كُنتُمْ تَخْتانُونَ أَنفُسَكُمْ فَتَابَ عَلَيْكُمْ وَعَفَا عَنكُمْ
Ertinya :
Dihalalkan bagi kamu pada malam hari bulan Puasa bercampur dengan isteri-isteri kamu; mereka itu adalah pakaian bagimu, dan kamu pun adalah pakaian bagi mereka. Allah mengetahui bahwasanya kamu tidak dapat menahan nafsumu, karena itu Allah mengampuni kamu dan memberi maaf kepadamu…” (Al-Baqarah : 187)

Melalui ayat ini, sebahagian umat Islam gagal mengikat nafsu syahwat kelaminnya, hingga ‘bersama’ isterinya di siang hari Ramadhan. Dengan segala kelemahan manusia, Allah swt membenarkan suami isteri untuk bersama di malam hari Ramadhan, Namun, itu pun masih ramai yang terlepas melakukannya di siang hari. Berhubung dengan ketidak mampuan manusia dalam mengawal nafsu nabi saw menyarankan kepada umatnya yang melihat wanita yang cantik di luar supaya menunaikan hajatnya dengan isterinya di rumah. Ini semua menunjukkan kelemahan kita dalam mengawal hawa nafsu, justeru nafsu kita perlu dikawal dengan kawalan iman dan taqwa kepada Allah swt.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah swt
Sesiapa yang melayari internet tidak terlepas dari terdedah kepada elemen-elemen multimedia yang mempunyi unsur-unsur yang mendorong kepada syahwat sama ada berupa gambar-gambar wanita yang seksi atau menggoda dan waliyazubillah gambar-gambar porno atau klip video seks sama ada secara sengaja atau tidak sengaja lebih-lebih lagi secara berseorangan.., bahkan unsur-unsur ini tidak dapat dielakkan ketika kita menonton tv seperti siaran Astro Oasis yang banyak menayangkan program-program bermanfaat, program al-Kulliyah, Forum Perdana tetapi malangnya di tengah-tengah program tersebut diselitkan dengan iklan-iklan yang jelas mengundang kemurkaan Allah swt…kerana bimbangkan kepada kesan buruk dari televisyen seorang murabbi yang terkenal al-Syaikh Abdullah Nasih Ulwan dalam kitab Tarbiyatuna al-Ruhiyyah mengharamkan anak-anak menonton televisyen…kesan dari terdedahnya kepada anasir-anasir negatif ini, salah seorang dari rakan saya membuat soalan secara spontan kepada pelajar-pelajarnya siapakah di kalangan kamu tidak pernah menulis surat cinta kepada rakan yang berlainan jantina…hasilnya 98% dari mereka mengatakan kami pernah menulis surat cinta… Marilah sama-sama kita beristighfar kepada Allah swt semoga Allah mengampunkan dosa kita semua..

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah
Salah satu penggunaan terkini internet yang mempunyai kebaikan dan keburukan ialah penggunaan facebook. Boleh dikatakan kebanayakan anak-anak muda hari ini berfacebook. Persoalannya bagaimanakah kita memanfaatkan face book untuk mendekatkan diri kita kepada Allah swt? Mana-mana mereka yang membuka face book pasti akan terdedah kepada gambar-gambar wanita yang tidak menutup aurat, kalau kita tidak memasukkan gambar tersebut, bagaimana dengan rakan-rakan facebook kita? Sekiranya rakan face book kita gemar untuk memasukkan gambar-gambar yang mengundang dosa maka lebih baik kita deletekan sahaja mereka dari senarai rakan kita..

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Persoalan lain apakah hukum seorang perempuan menjemput lelaki yang bukan mahram untuk menjadi rakan facebooknya atau seorang lelaki menjemput perempuan yang bukan mahram untuk menjadi rakan facebooknya? Persoalan ini perlu dijawab dengan pertimbangan keimanan…Persoalan ini kembali kepada niat berface book…Sekiranya tujuan berface book untuk tujuan pembelajaran antara seorang guru dan murid, untuk tujuan berinteraksi dengan seorang pendakwah, untuk tujuan nasihat-menasihati antara satu sama lain, tidaklah menjadi kesalahan, Cuma perkara yang perlu dipertimbangkan ketika berfacebook dengan tujuan yang disebut pe sejauh manakah kita boleh mengawal perasaan dan nafsu kita semasa kita berinteraksi dengan kaum yang tidak sejantina dengan kita? Tepuk dada tanyalah iman…sekiranya tujuan berface book sekadar untuk mengisi masa lapang, sekadar untuk dijadikan rakan bualan, sekadar hubungan untuk berkawan biasa dan akhirnya membawa kepada hubungan adik, kakak dan abang angkat berlainan jantina maka jauhilahnya kerana ia tidak lain kecuali menjadi pendorong maksiat dan membawa kepada perkara haram .

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah;

Ayat yang dibaca diawal khutbah tadi memerintahkan kita supaya merendahkan pandangan mata apabila berhadapan dengan wanita yang bukan mahram, perintah ini termasuklah ketika kita berhadapan dengan wanita yang menutup aurat apatah lagi wanita yang tidak menutup aurat, justeru khatib menyarankan kepada para jemaah supaya mengingatkan diri mereka, isteri mereka, anak-anak mereka , adik-beradik perempuan mereka terutama yang mempunyai paras rupa yang cantik supaya berhati-hati semasa memasukkan gambar-gambar peribadi mereka sekalipun gambar tersebut dalam keadaan menutup aurat supaya ianya tidak menjadi pendorong kepada dosa kepada lelaki yang mempunyai penyakit hati. Justeru khatib secara peribadi menasihatkan kepada golongan wanita supaya tidak menguploadkan gambar-gambar mereka diinternet kerana ia boleh menjadi tatapan umum, biarlah gambar itu menjadi kenangan dan tatapan mahram anda atau rakan-rakan sejantina anda…

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah;

Tidak dinafikan, ramai juga orang yang sudah punyai ilmu tetapi masih jatuh dan terlanjur melakukan maksiat akibat penyalahgunaan internet, sama ada serius atau tidak, besar dan kecil.

Tatkala itu, datanglah fungsi taubat yang disebut oleh Allah swt di atas, berbekalkan kefahaman dan asas yang sudah ada, usaha mengukuh dan menyuburkannya lebih mudah daripada individu yang tiada asas dan pasak yang kukuh.

Kerana itu, binalah pasak dan akar iman dan ilmu dengan segera terlebih dahulu, tanpanya, sebarang perubahan kepada kebaikan akan terbantut di suku perjalanan dan amat mudah terseleweng akibat gangguan lain di pertengahannya.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Sebagai kesimpulan, sebagai tambahan kepada penjelasan di atas, disertakan beberapa cara, usaha, kaedah dan jalan untuk melayari internet dengan pertimbangan iman secara ringkas dan padat:-

1-Betulkan niat semasa melayari internet, berface book untuk mencari keredaan Allah swt atau tujuan-tujuan yang baik seperti menjalinkan hubungan dengan rakan-rakan sepengajian yang lama seperti rakan-rakan di sekolah atau rakan-rakan di universiti. Begitu juga berblog dengan tujuan berkongsi pengalaman yang baik dan mengingati nikmat Allah swt seperti dalam firman-Nya:

11. adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah Engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya.(Surah al-Duha)

2. Datangkan keyakinan Allah maha melihat apa yang dilakukan di ketika ramai dan sendirian ,Allah swt sedang melihat apa yang sedang kita lakukan.

3. Utamakan kasih sayang antara ahli keluarga, jangan kerana asyik berinternet dan berfacebook berjam-jam di hadapan komputer sehingga kita lupakan sahabat di sebelah atau kita lupakan ibu bapa dan anak-anak kita

4. Putuskan hubungan ‘songsang’ dan ‘gelap’ sama ada yang dibuat secara suka-suka atau serius, yang diperolehi melalui internet atau fizikal, melalui laman chat, email, web dan sebagainya. Putuskan semua medium yang boleh mendorong kepada peningkatan syahwat. Jika berseorangan di hadapan komputer itu boleh menyebabkan pemikiran syahwat naik, maka elakkan diri berseroangan di hadapan komputer.

5. Hadiri majlis ilmu dan sibukkan diri membuat target baru seperti membuat blog dan update, menulis buku dan majalah, menghasilkan karya seni lukisan dan sebagainya. Buat satu target lain dalam hidup yang boleh menyibukkan diri anda untuk mencapainya. Tanpa target dalam kehidupan, keinginan syahwat akan membiak dan berkembang akibat waktu kosong.

6. Kalau anda sedang bekerja atau belajar, target untuk cemerlang dalam pelajaran dan kerja anda, dengan itu anda akan lebih sibuk dari biasa dan pemikiran akan lebih terarah kepada tujuan yang digariskan, dengan itu masa anda untuk melayari internet digunakan untuk perkara-perkara berfaedah dan mencari keredaan Allah

7. Ziarahi kubur secara kerap agar syahwat menjadi tawar akibat pemikiran kepada kematian. Justeru apabila anda melayari internet anda akan melayarinya dengan pertimbangan iman

8. Fikirkan bahawa anda akan mati ketika sedang melakukan maksiat semasa melayari internet, adakah redha untuk menerima kematian dalam situasi itu?. Fikirkan selalu.

9. Kalau komputer dan internet kerap menjadi asbab peningkatan syahwat, perdengarkan bacaan Al-Quran setiap kali di hadapan komputer, InshaAllah dengannya rasa malu akan timbul, kalau tidak banyak, sedikit. Kalau syahwat masih menggila di hadapan komputer itu, segera berhenti dan keluarlah dari bilik dan melihat awan, langit, pokok dan laut dan ingatkan kebesaran Allah.

10.Jangan sesekali membiarkan diri terus menerus dipukau nafsu dan syaitan, satu jurus langkah kepada maksiat adalah kunci untuk Syaitan menjerumuskan kepada maksiat yang lebih besar. Apa sahaja perbuatan yang mampu mendorong kepada kehampiran kepada maksiat yang lebih besar mesti disekat segera. Kerana itu Allah swt mengingatkan :-

وَلاَ تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُّبِينٌ
Ertinya : Dan janganlah kamu menuruti langkah-langkah Syaitan, sesungguhnya dia adalah musuh kamu yang amat jelas ( Al-Baqarah : 168 )

11.Segara beristighfar dan bertaubat walau belum jatuh dalam maksiat yang berat.

وَسَارِعُوا إِلَى مَغْفِرَةٍ مِّن رَّبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمَاوَاتُ وَالأَرْضُ أُعِدِّتْ لِلْمُتَّقِينَ
Ertinya : dan bersegeralah kamu kepada keampunan dari Tuhanmu dan syurga yang terbentang seluas langit dan bumi, disediakan bagi orang bertaqwa ( Al-Imran )

Demikian beberapa cara, usaha dan kaedah yang mampu saya senaraikan demi membantu sesiapa sahaja untuk melayari internet dengan pertimbangan iman.

Allah berfirman :-

قَدْ أَفْلَحَ مَن زَكَّاهَا * وَقَدْ خَابَ مَن دَسَّاهَا
Ertinya : Telah berjayalah orang yang membersihkan hatinya dan telah rugilah mereka yang mengotorkannya (Al-Shams : 9-10)

Oleh Ustaz Norazamudin Umar

Friday, July 30, 2010

Pendakwaan Liong Sik buktikan dakwaan PR benar


Jul 30, 2010 02:01:04 pm
Pendakwaan Ling Liong Sik yang juga bekas Presiden MCA merangkap menteri kanan di zaman pemerintahan Mahathir membuktikan bahawa dakwaan Pakatan selama ini berhubung wujudnya penyelewengan dalam skandal Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) adalah benar. Ini sekaligus mengesahkan bahawa desakan Pakatan Rakyat yang mahu kes PKFZ ini dibongkar selama ini adalah benar dan memang wujud penyelewengan dalam pentadbiran kerajaan BN.

Liong Sik (gambar kiri, berbaju belang menegak) yang juga mantan Menteri Pengangkutan bertanggungjawab bagi mempengaruhi keputusan Kerajaan bagi pembelian tanah seluas 999.5 ekar bernilai RM1,088,456,000 di Pulau Indah.

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) yakin bahawa ramai lagi pihak yang terlibat dalam penyelewengan ini dan Liong Sik hanyalah kambing hitam bagi menunjukkan lakonan "kejujuran" kerajaan BN hari ini bagi menutup kes PKFZ.

PAS juga curiga dengan kenyataan Menteri Pengangkutan yang baru, Kong Cho Ha yang mengatakan bahawa siasatan ke atas skandal PKFZ adalah "mencukupi" dan tidak perlu bagi isu itu disemak semula.

Malah kenyataan Cho Ha (gambar kanan) yang membenarkan pembayaran semula bon bernilai RM228 juta juga bercanggah dengan keadaan semasa dimana kes penyelewengan PKFZ masih dalam perbicaraan mahkamah.

Malah kerajaan akan melakukan kesilapan kedua jika melunaskan bayaran bon itu kerana syarikat Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB) yang merupakan kontraktor utama PKFZ, yang mengeluarkan bon tersebut telah diheret ke mahkamah oleh Pihak Berkuasa Zon Bebas (PKA) kerana membuat tuntutan berlebihan dan tidak menyiapkan kerja mereka seperti yang dijanjikan.

Kegagalan KDSB yang dimiliki oleh jutawan Tiong King Sing yang juga ahli parlimen BN menambahkan lagi kekusutan skandal PKFZ kerana sekaligus ia menyambung siri penyelewengan ke atas projek berkenaan.

Ini menunjukan PKFZ merupakan sebuah projek khas bagi menyara pemimpin BN dan kroni mereka bermula dengan menipu untuk membeli tapak, kemudian menipu dalam proses perancangan dan penyediaan pelan serta menipu dalam proses pembinaan. Bayangkanlah kerugian besar wang rakyat dalam projek ini yang pada asalnya dilaporkan hanya berjumlah RM RM1.957 bilion tetapi akhirnya didakwa meningkat kepada RM4.947 bilion, lebih dari dua kali ganda.

PAS mengesa agar kes ini terus dibuka untuk siasatan dan kerajaan tidak perlu membuat apa-apa bayaran lagi kepada mana-mana pihak yang terlibat selagi kes ini tidak diselesaikan di Mahkamah.

Kes ini baru bermula dan Menteri Pengangkutan yang baru tidak berhak untuk menutup kes ini begitu sahaja melainkan jika beliau juga mempunyai kepentingan atau mahu menyelamatkan maruah BN.

PAS berharap rakyat membuka mata kerana pemimpin BN akan terus melakukan penipuan sebegini. Apa sahaja projek mega yang diumumkan mereka pasti ada ketirisan wang rakyat.

PAS juga berharap rakyat membuka mata kerana kes yang sama tidak mustahil akan berlaku termasuklah dalam kes pembangunan semula kampung Baru, Kuala Lumpur yang diwar-warkan kerajaan akhir-akhir ini.

Kerajaan sudah mengumumkan mahu membeli tanah-tanah penduduk dengan harga yang sangat murah sekitar RM250 - RM 300 sekaki persegi. Tetapi selepas itu mahu mengeluarkan bon projek bernilai tinggi yang kemudiannya projek itu akan dibangunkan oleh kroni mereka di dalam GABEM (Biro Ekonomi UMNO) dan seterusnya disewa gadaikan kepada pihak ketiga dengan harga lebih 3 kali ganda dari nilai yang dibayar kepada penduduk.

Sebelum satu lagi fail skandal dibuka, PAS mengingatkan rakyat supaya menukar Kerajaan dalam Pilihanraya akan datang demi kebaikan mereka dan menyelamatkan wang negara.

*Kenyataan media oleh Idris Ahmad selaku Ketua Penerangan PAS Pusat.

Subsidi untuk rakyat dipotong, Subsidi untung IPP dikekalkan

Baru-baru ini, Petronas merungut kerana terpaksa menanggung beban subsidi gas sejumlah RM116 bilion, malah menyatakan harapannya agar kerajaan menunaikan janji untuk memansuhkan subsidi secara beransur-ansur. Di samping itu, sementara Perdana Menteri Najib Razak mengumumkan potongan subsidi minyak, gas dan gula, subsidi kepada korporat dikekalkan sebaliknya, memberi manfaat yang terbesar kepada penjana kuasa bebas (IPP).

Sesetengah orang menuding jari terhadap IPP, lantaran daripada double standard yang diamalkan oleh PM Najib dalam isu subsidi. Dalam satu kenyataan oleh Persatuan IPP pada 21 Julai 2010, mereka menafikan bahawa IPP menerima manfaat daripada subsidi gas, sebaliknya mendakwa bahawa manfaat ini disalurkan kepada pengguna melalui Pass-through mechanism.

Menurut Persatuan IPP, dalam model operasi IPP yang sedia ada, harga gas ditetapkan oleh kerajaan, dan gas ini dibekalkan kepada IPP. Dalam hal ini, IPP yang menandatangani kontrak dengan TNB (Tenaga Nasional Berhad), hanya berperanan sebagai pembekal eletrik, dan tidak terlibat dalam hal ehwal pengguna.

PPA yang berat sebelah (Power Purchase Agreement)
Bagaimanapun, kenyataan Persatuan IPP ini hanya benar secara luarannya. Sememangnya IPP tidak memperolehi manfaat kewangan secara langsung daripada subsidi gas ini, tetapi IPP telah mengaut keuntungan yang besar secara tidak langsung daripada subsidi gas ini. Pada hakikatnya, Perjanjian Pembelian Tenaga (Power Purchase Agreement, PPA) antara kerajaan, TNB dengan IPP menjadi punca kepada mekanisme subsidi ini.

Seandainya dilihat dari struktur sektor bekalan elektrik secara menyeluruh, TNB adalah pembekal elektrik yang utama, dengan kira-kira 60% aset kilang penjana elektrik di Semenanjung Malaysia, dan 55% aset kilang penjana elektrik di seluruh Malaysia. Sementara itu, IPP menguasai 40% aset kilang penjana elektrik di seluruh Malaysia, di samping 5% yang selebihnya dimiliki SESB di Sabah dan SESCo di Sarawak.

Sektor elektrik merupakan pengguna terbesar dalam pasaran gas semulajadi. Menurut laporan kewangan Petronas pada tahun 2009, 59.7% gas semulajadi disalurkan kepada sektor elektrik, dan kira-kira dua pertiga daripadanya pula dibekalkan kepada IPP. Jikalau dilihat mengikut nisbah, IPP merupakan unit penerima subsidi gas yang terbesar dalam sektor elektrik.

Menurut maklumat daripada laporan kewangan Petronas pada tahun 2007, Petronas telah menanggung beban subsidi gas sebanyak RM58.2 bilion untuk sektor elektrik mulai tahun 1997. RM27.6 bilion (47%) daripadanya dibekalkan kepada IPP, sementara TNB memperolehi subsidi gas sebanyak RM21.2 bilion (37%). Malah, RM9.4 bilion (16%) yang selebihnya, dikongsi oleh perusahaan kecil dan sederhana, bidang komersial dan rumah tangga. Jelas, IPP memperolehi subsidi gas yang tertinggi.

Petronas kini membekalkan gas semula jadi kepada sektor elektrik pada harga RM6.40 per mmBtu (Million Metric British Thermal Units), selepas subsidi. Menurut harga antarabangsa pada pertengahan Julai, harga pasaran gas semulajadi adalah USD 4.39 atau RM14/mmBtu. Dengan kata lain, IPP membeli gas semula jadi dengan harga RM7.60 (55%) lebih rendah daripada harga pasaran, selepas subsidi yang sudah tentu tidak kecil angkanya.

Subsidi menguntungkan IPP
Seandainya mengikut kenyataan Persatuan IPP, manfaat daripada subsidi akan dialihkan kepada pengguna melalui Pass-through mechanism. Pada hakikatnya, keadaan tidak berlaku sebagaimana yang diperkatakan. Setelah membeli gas semulajadi dengan harga yang lebih rendah dari pasaran, IPP tidak membekalkan elektrik kepada TNB dengan harga rendah, sebagaimana yang dijangkakan. Sebaliknya, IPP menjual elektrik dengan harga yang lebih tinggi kepada TNB, lantas mengaut keuntungan berganda daripadanya.

TNB terpaksa membeli kuasa elektrik daripada IPP dengan harga yang lebih tinggi, kerana terikat dengan PPA, wahal kos TNB untuk menjana elektrik sendiri jauh lebih rendah daripada kosnya membeli dengan IPP. Akhirnya, beban peningkatan kos TNB dipindah kepada pengguna, apabila TNB meminta agar kerajaan meluluskan kenaikan harga elektrik. Dengan kata lain, pengguna bukan sahaja tidak dimanfaatkan daripada subsidi, sebaliknya menanggung kos untuk membeli elektrik daripada IPP.

Lebih-lebih lagi, syarat-syarat yang berat sebelah dalam PPA telah mencungkil pertikaian. Jeff Rector, seorang pengkaji dari Universiti Stanford di bawah The Program on Energy and Sustainable Development, pernah mengemukakan satu laporan berjudul The IPP Investment Experience in Malaysia pada tahun 2005. Menurut laporan tersebut, syarat take or pay yang digariskan dalam PPA menyatakan bahawa TNB bertanggungjawab untuk membiayai kuasa elektrik IPP, sama ada bekalan tersebut diperlukan atau tidak.

Menurut laporan ini, kesemua IPP fasa pertama menjana kuasa elektrik dengan gas semulajadi, yang dibekalkan Petronas secara khususnya. Syarat PPA menyatakan bahawa risiko kenaikan kos gas semulajadi ditanggung sepenuhnya oleh Petronas. Malah, dalam PPA untuk IPP fasa pertama, bekalan elektrik ditetapkan pada harga antara 13.7 sen dengan 15.5 sen per kilowatt-hour, jelas lebih tinggi daripada kos yang dihasilkan TNB sendiri.

Harga ini ditetapkan dengan mengambil purata anggaran inflasi untuk tempoh 21 tahun. Maka dengan ini, untuk beberapa tahun pada peringkat awal secara khususnya, IPP akan mengaut keuntungan yang besar, dan keuntungan akan berkurang apabila sampai ke peringkat akhir tempoh 21 tahun ini. Malah, IPP berpeluang untuk menjelaskan kos permulaannya (modal) pada peringkat awal tempoh 21 tahun ini, dan terus menikmati keuntungan setahun demi setahun kemudiannya.

Selain itu, Jeff Rector mendedahkan bahawa lima buah IPP fasa pertama dijamin dengan pulangan 20%, dalam perjanjian konsesi ini. Tetapi, IPP ini memperolehi pulangan yang lebih tinggi pada akhirnya.

IPP menjadi beban TNB
Manfaat sebagaimana yang disebut di atas tidak dikecapi oleh IPP fasa kedua, apabila PPA menyatakan bahawa risiko kos kenaikan harga bahan bakar ditanggung bersama oleh TNB dan IPP. Namun demikian, syarat take or pay tetap dikekalkan, iaitu TNB wajib membeli kuasa elektrik daripada IPP, sama ada perlu atau tidak. Syarat inilah yang menjurus kepada masalah 40% lebihan kapasiti elektrik (unutilized capacity), yang dihadapi oleh TNB.

Jelas, IPP menjadi beban TNB. Dalam satu wawancara bersama Business Time, yang disiarkan pada 2 Mac 2009, bekas Ketua Pegawai Kewangan TNB, Izzaddin Idris (gambar kanan) berkata, setinggi 80% kos operasi TNB dalam laporan kewangan tahun 2008 digunakan untuk membiayai IPP, perlombongan arang dan gas semulajadi yang dibekalkan Petronas. Antaranya, RM8.7 bilion digunakan untuk membiayai IPP, dengan RM4.8 bilion daripadanya untuk bekalan elektrik.

Izzaddin Idris berkata, TNB akan memperuntukkan RM5 bilion untuk hasilan kuasa elektrik pada tahun kewangan 2009, dan kos ini dijangka akan bertambah pada masa depan.

Ringkasnya, dalam isu subisidi gas dan bekan elektrik, IPP menjadi penerima manfaat terbesar, sementara Petronas, TNB, kerajaan, malah rakyat perlu menanggung kerugian akibat daripadanya. Subsidi tidak menguntungkan rakyat, yang sebaliknya perlu menanggung kosnya kerana penyelewengan dalam hasilan elektrik.

*Neo Chee Hua ialah Assistant Editor MerdekaReview, edisi bahasa Cina. Analisa asal dalam edisi bahasa Cina disiarkan pada 23 Julai 2010. Disedut, diterjemah dan disunting oleh Lim Hong Siang.

Subsidi rakyat dikerat, kroni dibayar RM222.58 juta

KUALA LUMPUR, 29 Julai: Tindakan kerajaan mengarahkan Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) membuat pembayaran RM222.58 juta kepada Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB) membuktikan lagi bahawa kepentingan kroni lebih diutamakan berbanding rakyat, kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.
Bernama melaporkan, semasa membuat keputusan itu, kerajaan melalui kenyataan Kementerian Pengangkutan mendakwa telah mengambil kira semua faktor berkaitan termasuk komitmen kerajaan kepada pemegang bon, serta tanggungjawab LPK di bawah perjanjian yang telah ditandatangani.

Salahuddin mempersoalkan, adakah ia merupakan tanggungjawab Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) atau tanggungjawab KDSB.

Beliau merujuk kepada laporan mengenai jaminan KDSB bahawa sebarang kekurangan dalam pembayaran semula bon adalah tanggungjawab syarikat tujuan khas itu dan wang rakyat tidak akan digunakan untuk membayarnya.

"Kerajaan perlu menjelaskan, tanggungjawab siapa untuk menanggung bebanan ini? Tanggungjawab rakyat atau KDSB?

"Kalau untuk rakyat, subsidi direntap, dikerat. Kalau untuk kroni, adakah kerajaan senang-senang belanjakan RM222.58 juta walaupun ahli lembaga LPK memutuskan tidak mahu membuat pembayaran tersebut," katanya.

Bagi Ahli Parlimen Kubang Kerian itu, tindakan kerajaan itu menguatkan lagi ingatan rakyat kepada dakwaan salah seorang Ahli Jawatankuasa Pusat MCA, Datuk Tee Lian Ker bahawa ramai tokoh Umno dan MCA yang menerima wang dari Ketua Pegawai Eksekutif KDSB, Datuk Seri Tiong King Sing.

Tiong juga adalah Ahli Parlimen Bintulu dan Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC).

"Sebelum ini beria-ia (Menteri di Jabatan Perdana Menteri), Datuk Seri Idris Jala kata subsidi berterusan akan menyebabkan negara ini bankrap sembilan tahun lagi, tetapi pada masa yang sama kerajaan semakin kelihatan membelanjakan wang rakyat dengan sesuka hati," kata Salahuddin lagi.

PKFZ: Ling hadapi tuduhan tipu kerajaan M'sia

Jul 29, 10 / 12:04pm Bekas menteri pengangkutan, Tun Dr Ling Liong Sik hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen Putrajaya atas tuduhan menipu kerajaan Malaysia dengan memperdaya Jemaah Menteri berhubung pembelian tanah untuk projek ”Mega Distribution Hub” di Pelabuhan Klang.

Ling, 67, juga adalah bekas presiden MCA.

Beliau tiba di mahkamah pada jam 4.45 petang dengan ditemani isterinya, Toh Puan Ena Ling serta dua anak lelakinya.

Ling kemudian mengambil tempatnya di kandang tertuduh.

Beliau adalah presiden MCA yang kedua dihadapkan ke mahkamah selepas Tan Koon Swan.

Ling didakwa menipu kerajaan sekitar 25 September 2002 dan 6 November 2002 dengan memperdayakan jemaah menteri untuk memberikan persetujuan pembelian tanah di Pulau Indah untuk projek Mega Distribution Hub di Pelabuhan Kelang.

Dia juga didakwa dengan curang menyembunyikan fakta berhubung penilaian Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta, Kementerian Kewangan ke atas tanah seluas 43,538,200 kaki persegi yang dicadangkannya.

Ling yang memegang jawatan Menteri Pengangkutan selama 14 tahun dari Januari 1986 hingga Mei 2000, didakwa atas satu pertuduhan utama mengikut Seksyen 418 Kanun Keseksaan dan satu pertuduhan pilihan mengikut Seksyen 417 kanun yang sama.

Seksyen 418 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Manakala pertuduhan alternatif mengikut Seksyen 417, Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman lebih ringan iaitu penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Beliau bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan membayar ikat jamin RM1 juta dengan seorang penjamin.

Hakim Suzana Hussin kemudiannya menetapkan 3 September ini sebagai tarikh sebutan kes.

Ling kemudiannya dibebaskan dengan jaminan polis dan akan membayar wang ikat jaminnya di Mahkamah Sesyen, esok.

Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail mengetuai pendakwaan dan dibantu oleh Ketua Bahagian Pendakwaan Datuk Tun Majid Tun Hamzah, Dzulkifli Ahmad dan Manoj Kurup, manakala Ling diwakili peguam Datuk RR Sethu.

Sebelum ini, desas desus seorang personaliti terkenal dijangka didakwa di Mahkamah Sesyen itu menyaksikan puluhan wartawan, termasuk agensi berita luar negara bekejar ke mahkamah sejak awal pagi ini.

Kebanyakan mereka berhimpun di lobi dan pintu masuk mahkamah manakala ada pula yang menunggu di kawasan sekitarnya.

Pada jam 4 petang, Abdul Gani dan tiga timbalan pendakwa raya, termasuk ketua pendakwa Datuk Tun Abdul Majid Hamzah, tiba di mahkamah tanpa bercakap kepada wartawan.

Dua yang lain itu adalah Manoj Kurup and Dzulkifli Ahmad.

Sebelum kehadiran mereka di mahkamah, sebuah kereta Proton Perdana hitam dilihat memasuki perkarangan mahkamah dengan seorang lelaki yang tidak dikenali.
Sumber Malaysiakini

Wednesday, July 28, 2010

Kenaikan 5-dalam-1: 'PM, akurlah atau kami demo lagi'

Jul 28, 10 / 4:03pm
Jika tuntutan mereka tidak dipenuhi, gabungan NGO yang membantah kenaikan harga barang akan menganjurkan perhimpunan besar-besar menentang kenaikan "5-dalam-1" yang diumumkan kerajaan baru-baru ini.

Sebagai respons kepada kenaikan harga petrol, diesel, gula gas, Gabungan Memprotes Kenaikan Harga Minyak (PROTES) membuat lima tuntukan kepada kerajaan:

Hentikan pembaziran dalam pembangungan beberapa projek gajah putih seperti Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ)

Menguatkuasakan dasar gaji minimum

Kembalikan harga asas barang asas seperti sebelum kenaikan bulan ini

Jelaskan bagaimanapun 'penjimatan' 4.6 bilion daripada penyelarasan subsidi pada 2006 dibelanjakan

Menstruktur semula subsidi supaya rakyat miskin terus mendapat faedah daripadanya

Bagaimanapun menurut PROTES, perhimpunan tersebut merupakan langkah terakir, kata penyelarasnya Dr Hatta Ramli (kiri) yang juga bendahari PAS.

Dalam tempoh itu, kempen yang dinamakan "Bantah: Selamatkan Rakyat" itu akan dilancarkan pada 9 Ogos ini di Kampung Kerinchi, Pantai Dalam bagi memastikan mesej itu sampai kepada pelbagai pihak.

Menurut Dr Hatta, tempat itu dipilih kerana ia antara kawasan tempat tinggal rakyat berpendapatan rendah dan sederhana di Kuala Lumpur - yang paling terasa dengan kenaikan harga barangan.

Katanya, gabungan terdiri daripada parti-parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu juga akan menyediakan sebanyak mungkin bahan makluman dan bacaan dalam bentuk risalah dan buku kecil untuk diedarkan kepada rakyat sepanjang tempoh kempen, sehingga kerajaan menurunkan kembali harga barang.

Selain itu juga, PROTES juga akan mengadakan beberapa siri bantahan di peringkat negeri di seluruh negara.

Kita akan selaraskan dan masa, tempat, aktiviti kita akan umumkan dari semasa ke semasa di seluruh negara," katanya.

PROTES juga memutuskan untuk mengadakan jelajah ke negeri-negri dalam bulan Syawal ini dengan menaiki bas.

Sehubungan itu, beliau mengajak pimpinan parti politik bersama dalam siri jelajah itu bagi turun bertemu rakyat melalui aktiviti himpunan ringkas dan ceramah.

Ahli parlimen Kuala Krai itu berkata pihaknya juga akan menghantar memorandum bantahan mereka kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di parlimen pada 14 Oktober depan.

"Kita tunggu sehingga hari akhir sidang parlimen. Kalau mereka (kerajaan) masih berdiam diri, kita akan umumkan masa dan tempat untuk kita berdemo dalam bulan Disember ini," tegasnya.

Turut bersama pada sidang media berkenaan ahli parlimen Lembah Pantai mewakili PKR, Nurul Izzah Anwar, pengerusi lajnah penerangan Dewan Muslimat PAS, Aiman Athirah Al Jundi, setiausaha Parti Sosialis Malaysia (PSM) S Arutchelvan, bendahari Jemaah Islah Malaysia, Naha Mohd Nor, serta wakil-wakil dari Gabungan Persatuan Islam Malaysia (Gamis), Kelab Mahasiswa Independent (KAMI) dan Solidariti Mahasiswa Malaysia.
Sumber - Malaysiakini

Dr M: Kenapa bayar RM1 juta untuk pembohong?

Jul 28, 10 1:43pm
Kongsi 19Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyuarakan kehairannya terhadap akhbar negara ini yang didakwa menggelapkan isu penting, antaranya berhubung isu antarabangsa.

Katanya, ia termasuklah tindakan kerajaan Britain mengheret bekas perdana menterinya Tony Blair ke inkuiri kerana didakwa terlibat dalam sejarah perang di Iraq suatu masa dahulu.

"Ia bukan lagi perang antara tentera dengan tentera, tetapi bagaimana tentera membunuh orang awam...

"Tetapi tidak ada sepatah perkataan pun tentang perkara ini dalam media tempatan kita.

"Tidak ada laporan langsung tentang pembohongan Blair," kata Dr Mahathir (kiri).

Sebaliknya, dakwa Dr Mahathir, Blair malah dibayar sebanyak sebanyak RM1 juta untuk memberikan ucapan di negara ini semata-mata untuk "menceritakan pembohongannya".

Pada 24 April lalu, lebih 200 anggota pelbagai NGO serta rakyat Iraq di negara ini berhimpun membantah kedatangan Blair bagi berceramah di Pusat Konvensyen Sunway Pyramid, anjuran sebuah syarikat yang beribu pejabat di Singapura, Success Resources Company.

Blog salur pendirian asing terhadap Anwar

Memberikan ucap utama dalam seminar penulis blog dan media sosial Asian di sebuah hotel di Kuala Lumpur hari ini, beliau turut bercerita tentang kebaikan blog bagi menyampaikan maklumat daripada luar, termasuk pertukaran pandangan asing terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Dulu negara asing hendak lihat peribahan regim di negara ini, termasuk di masa saya menjadi perdana menteri. Sekarang pun sama.

"Mereka hendak tengok 'orang ini' menjadi pemimpin Malaysia. Tetapi sekarang mereka menulis yang buruk-buruk tentangnya. Mereka tukar fikiran.

"Daripada blog-blog mereka, hari ini kita dapat tahu (perkara itu)," katanya tanpa menyebut langsung nama bekas timbalan perdana menteri yang dipecatnya lebih 12 tahun lalu.

Pada 11 Julai lalu, sebuah akhbar harian memetik tulisan seorang penulis blog yang mendakwa ketua umum PKR itu adalah "alat" kepada Agensi Perisikan Pusat (CIA) Amerika Syarikat.

Dalam laporan itu, Elaine Meinel Supkis, yang digambarkannya sebagai "seorang penulis blog terkemuka", mendedahkan bahawa Anwar merupakan "alat" CIA .

Akhbar tersebut menterjemah tulisan Elaine dalam blog - Culture of Life News - seperti berikut: "Anwar bukan ejen tetapi alat yang dicipta oleh CIA. Senarai rakan-rakan membuktikan segala-galanya dan merupakan ejen CIA yang menyamar."

Awas Cinta Lombok.

Hidup dengan lauk kenduri





ku faridah (kanan) menangis sambil memeluk ahli keluarga selepas kembali ke pangkuan keluarga di Kampung Kuala Pueh, Hulu Terengganu semalam.

HULU TERENGGANU - "Setiap hari anak-anak akan tanya, ibu apa lauk kita hari ini dan saya jawab tak ada.

"Hidup kami susah. Anak-anak terpaksa cari rumah yang adakan kenduri. Mereka membawa pulang lauk untuk kami makan sama-sama," demikian kata Ku Faridah Ku Seman, 33, seorang lagi wanita Malaysia yang terpedaya dengan lelaki Lombok dan hanya dapat kembali ke tanah air selepas hampir 10 tahun menderita.

Ku Faridah, seorang janda, mengenali lelaki itu yang bernama Rosman, 35, pada tahun 2000 sewaktu menetap di rumah adiknya di Johor Bahru.

Rosman dikatakan lelaki yang pandai mengambil hati semata-mata kerana dia sering menolong Ku Faridah dan adiknya membayarkan sewa rumah serta membelikan mereka makanan.

Mereka kemudian bercinta dan akhirnya bernikah tanpa restu keluarga di sebuah masjid di Johor Bahru sebelum lari ke Lombok, sebuah wilayah di Mataram, Indonesia.

Pasangan itu pada mulanya hidup bahagia dan dikurniakan tiga orang anak iaitu Mohd. Haikal Daniel, 9, Puteri Balqis, 4 dan Dewi Helen Fiona, 2.

Diskaun Bumiputera: PAS Selangor tidak selesa syor Tony Pua


Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua dari DAP lebih baik berundur diri dari pakatan rakyat .
kenyataan Tony Pua berkepentingan ..
Ia boleh menyebabkan ahli PR dari kaum bumiputera marah dan benci kepada PR pada PRU13 nanti .


Dengan itu PR perlu bertegas untuk menjaga hak dan kepentingan kaum bumiputera dan kaum-kaum lain supaya ia tidak boleh di pertikaikan oleh mana-mana wakil rakyat dari mana-mana parti .


Oleh itu PR perlu mengambil tindakkan tegas pada beliau supaya tidak ada lagi pertikaian berlaku seperti ini di kemudian hari.

Ahli politik perlu berhati-hati ketika membuat sebarang kenyataan . 

KUALA LUMPUR, 27 Julai — PAS Selangor tidak selesa dengan kenyataan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua dari DAP semalam berhubung cadangan agar dimansuhkan diskaun Bumiputera dalam pemilikan hartanah komersial dan rumah mewah di negeri itu.

Ketua Penerangan PAS Selangor, Roslan Shahir Mohd Shahir memberitahu, cadangan yang diutarakan oleh Pua terlalu gopoh kerana ia memerlukan kajian lebih terperinci terutamanya dari segi aspek kemampuan golongan Bumiputera untuk bersaing dengan pihak lain.

Selain itu kata beliau, kajian dan laporan yang sama diperlukan untuk membuktikan bahawa keyakinan dan kedatangan pelabur asing akan meningkat hanya jika polisi berkenaan diubah.

“PAS Selangor merasakan sebarang perubahan terhadap dasar yang melibatkan golongan Bumiputera khasnya di negeri Selangor mestilah dilakukan dengan memperkenalkan sesuatu yang lebih baik dan menguntungkan golongan berkenaan.

“Pakatan Rakyat Selangor tidak sepatutnya terlibat dalam memperkenalkan dasar yang menjejaskan bukan hanya kepentingan golongan Bumiputera, malah mana-mana kaum sekalipun di negeri Selangor ini,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Roslan menambah PAS Selangor menyarankan agar mana-mana cadangan seumpama ini sewajarnya dibincang dan dibahaskan di peringkat Pakatan Rakyat Selangor sebelum ia dilontarkan kepada umum.

Pua (gambar) menggesa kerajaan negeri Selangor agar mengurangkan diskaun Bumiputera memiliki rumah dan komersial mewah di negeri itu demi memperbaiki daya saing dan memulihkan keyakinan pelabur.

Kata Pua, beliau tidak menentang pelan tindakan afirmatif tetapi bukannya menyediakan insentif bagi rumah yang berharga antara RM1 juta dan RM2 juta.

Katanya, insentif tujuh peratus yang dinikmati oleh orang Melayu dan Bumiputera harus dikekalkan bagi hartanah berharga bawah RM500,000.

Tuesday, July 27, 2010

Krisis air: Tuduhan Muhyiddin ‘politik jahat’, kata Azmin Ali

SHAH ALAM, 12 Julai – Kenyataan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa Selangor akan berhadapan dengan krisis air merupakan tuduhan bermotifkan “politik jahat” untuk menghukum rakyat negeri itu, kata pemimpin Pakatan Rakyat Azmin Ali.

“Tuduhan tersebut adalah jahat dan saya percaya ia bermotifkan politik untuk menghukum rakyat dan pada masa sama meneruskan agenda untuk memunggah kekayaan dan khazanah negara untuk kroni-kroni mereka.

“Walaupun kerajaan negeri memperuntukkan RM120 juta setahun untuk Program Air Percuma, kerajaan negeri masih berupaya mengurus bajet berimbang.

“Ini kerana pendekatan yang diambil Menteri Besar (Tan Sri Khalid Ibrahim) adalah untuk mempertahankan hak rakyat bukan seperti pemimpin Umno yang mempertahankan kroni-kroni mereka,” kata beliau di Dewan Undangan Negeri (DUN) petang ini.

Pengerusi Kelab Penyokong Selangor ini berkata Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno bertanggunggjawab untuk menjawab persoalan rakyat mengapa kerajaan Barisan Nasional (BN) menandatangani perjanjian konsesi air dengan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas).

“Sebelum Mac 2008 kerajaan Umno-BN di peringkat Pusat dan Negeri telah bersetuju menandatangani perjanjian konsesi air dengan Syabas dan membenarkan tarif air melonjak naik kepada 37 peratus dalam 2008 dan tambahan 25 peratus pada tahun 2011 serta 15 peratus untuk 2014 dan 10 peratus untuk setiap tiga tahun berikutnya.

“Perjanjian ini membebankan rakyat dan memberikan keuntungan melampau kepada kroni Umno-BN.

“Kepimpinan Muhyiddin selaku Menteri Besar Johor pada satu ketika dahulu telah meninggalkan padah yang terpaksa ditanggung oleh rakyat Johor dengan kadar tarif air yang tertinggi di dalam negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas Muhyiddin yang mengingatkan kerajaan Selangor supaya segera menyelesaikan masalah bekalan air di Selangor dan Wilayah Persekutuan bagi memastikan kedua-dua negeri tidak berdepan dengan krisis air terburuk menjelang 2012.

Timbalan Perdana Menteri berkata kerajaan pusat telah beberapa kali membuat rundingan dengan kerajaan Selangor mengenai isu berkenaan termasuk mengenai pelan pengambilan tanah untuk pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 untuk Projek Penyaluran Air Mentah Pahang dan Selangor yang masih tidak dipersetujui kerajaan negeri.

“Untuk jangka panjang, kita dah setuju nak bawa air dari Pahang ke Selangor dan Wilayah Persekutuan. Jika tidak dibuat dalam tempoh itu, kalau tak silap saya (akan) jadi masalah genting. Itu tidak dipersetujui kerajaan Selangor.

“Mana-mana laluan paip nak masuk, (kerajaan Selangor) dah bagi arahan kepada pihak majlis perbandaran dan pejabat tanah (supaya) jangan layan. Ini projek (kerajaan) persekutuan. Kalau tak layan apa jadi?” katanya.

Sementara itu, Khalid berkata kenyataan Muhyiddin tersebut adalah untuk menolong krori-kroninya daripada mempertahankan kehendak rakyat.

“Rakyat Selangor melalui Pakatan Rakyat mahukan industri air dibuat semula supaya ia dapat dijalankan semula oleh kerajaan negeri.

“Kita tahu penswastaan yang dibuat kerajaan termasuk di Selangor dan Wilayah Persekutuan melalui Puncak Niaga Sdn Bhd dan Syabas tidak menghasilkan satu pengurusan terbaik untuk Selangor.

“Malah Syabas didapati tidak mempunyai pengurusan kumpulan wang yang baik sehingga 2009 apabila kerajaan persekutuan memberikan pinjaman RM320.8 juta kepada Syabas. Ini adalah satu contoh untuk mereka lindungi kroni yang berada dalam kesusahan,” katanya ketika sidang media di sini.

Beliau berkata daripada serahkan dana tersebut kepada Syabas adalah lebih baik jika ia diserahkan kepada Kerajaan Negeri supaya dapat diuruskan konsesi air tersebut dengan cara terbaik.

“Kita tahu mengapa Muhyiddin bangkitkan perkara ini adalah untuk melindungi Ketua Eksekutuf Puncak Niaga Tan Sr Rozali Ismail.

“Bagi Muhyiddin lebih baik menjaga hati kroni-kroni daripada memberikan peluang untuk rakyat dapat air yang lebih murah dan cekap diurus,” katanya.

Adun Ijok itu berkata kerajaan negeri sentiasa berusaha untuk mencari jalan penyelesaian bagi memastikan bekalan air Selangor mencukupi.

“Kita berpendapat banyak lagi cara yang boleh meningkatkan jumlah air yang ada termasuk melalui satu usaha penggalian air dan juga air-air dari sungai yang masih belum diusahakan dengan sebaik mungkin.

“Kerajaan negeri juga tidak menghalang Projek Penyaluran Air Mentah Pahang-Selangor,” katanya.
Sumber : http://azminali.com/?p=364

Blog aibkan mufti bukan kendalian Pas: Idris

SHAH ALAM – Ketua Penerangan Pas Pusat, Idris Ahmad meno:lak kemungkinan kewujudan blog yang menghina Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dengan gelaran mengaibkan seperti ‘haramsani’ dan ‘haram jadah’ ditulis dan dimiliki ahli parti itu.

Menurutnya, setakat ini hanya laman web Harakah Daily yang secara rasminya diiktiraf sebagai laman web Pas walaupun wujud laman blog lain yang menggambarkan pandangan parti tersebut.

“Kita tidak boleh nak kawal pemilikan blog dan tiada sebarang pantauan dilakukan terhadap ahli Pas yang memiliki blog sendiri kerana jumlah blog terlalu banyak di Internet dan kebanyakan identiti pemiliknya sukar dikenal pasti.

“Maka, saya bimbang sekiranya ada musuh Pas yang menggunakan taktik menyamar sebagai ahli parti dan kemudiannya menulis pelbagai cacian di dalam blog untuk mengundang kebencian orang ramai yang membacanya terhadap Pas,” katanya.

Beliau berkata, menghina orang lain dalam blog sepatutnya tidak berlaku dan Pas tidak pernah menggalakkannya kerana parti tersebut adalah parti yang berakhlak.

Terdahulu, Harussani mengatakan beliau tidak kisah apabila ada beberapa penulis laman blog yang menghinanya menggunakan gelaran mengaibkan seperti ‘haramsani’ dan ‘haram jadah’, sebaliknya beliau menasihatkan agar mereka kembali kepada ajaran Islam sebenar.

Jangan campuri hal politik: Nizar

IPOH – Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin menggesa Mufti, Tan Sri Harussani Zakaria tidak mencampuri urusan politik jika mahu masyarakat lebih menghormatinya.

“Adalah lebih terhormat dan mulia jika beliau (Harussani) tidak langsung masuk campur dalam hal ehwal politik kerana sejarah membuktikan jelas yang beliau berpihak kepada UMNO.

“Beliau boleh mendengar segala bentuk perancangan mahupun pelaksanaan dari kedua-dua pihak (Pas/UMNO) tapi bukannya bertindak menjadi orang tengah dan perantaraan dalam soal ini,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya Pas 1 berkata demikian ketika diminta mengulas lama sosial pihak tertentu yang menghina dan menggunakan kata kesat seperti ‘haramsani’ dan haram jadah’ terhadap Harussani yang disiarkan Sinar Harian, semalam.

Nizar berkata, Harussani diakui seorang mufti yang cukup terkenal dengan kelantangannya mengutarakan pandangan bukan sahaja di dalam negara bahkan seluruh dunia.

"Tetapi ia bukanlah tiket beliau sewenang-wenangnya mencampuri urusan politik, lebih baik bersikap berdiam diri ataupun sekadar ambil tahu saja.

“Dalam konteks politik baru hari ini, pandangan beliau lebih bersifat ketuanan Melayu saja, bagaimana dengan kaum lain,” katanya.

Dua premis ditutup serta-merta



MEMUALKAN. Seorang pegawai Jabatan Kesihatan negeri memeriksa ruang dapur sebuah premis makanan di Jalan Dato Keramat, George Town semalam.

GEORGE TOWN - Sukar dibayangkan apabila masih terdapat premis makanan yang terlalu kotor di Pulau Pinang sehingga mengakibatkan dua daripadanya, masing-masing terletak di Jalan Dato Keramat dan Jalan Macalister diarah tutup serta-merta.

Lebih mendukacitakan, kedua-dua pemilik premis, masing-masing nasi kandar dan nasi campur, tidak mempedulikan notis tiga kali yang telah dikeluarkan kepada mereka sebelum ini supaya menaik taraf kebersihan premis.

Malah ketika serbuan dilakukan oleh para pegawai Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) yang diketuai oleh Ahli Majlisnya, Ong Ah Teong, kawasan sekitar premis seolah-olah sudah bertukar menjadi habitat tikus dan lipas.

"Keadaan kebersihan di premis tersebut masih lagi tidak berubah walaupun selepas diberi amaran sejak Jun lalu oleh pihak berkuasa tempatan.

"Bahan penyediaan makanan yang digunakan langsung tidak bersih manakala pengendali makanan tidak mendapat latihan pengendalian makanan.

"Para pekerja juga tidak diberi suntikan pencegahan tifoid," katanya di sini semalam.

Monday, July 26, 2010

PAS S'gor: Tak perlu saman Harussani

Jul 26, 10 /1:14pm
PAS Selangor berpendapat pihaknya tidak perlu menyaman mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria berhubung isu kerjasama PAS-Umno, kata ketua penerangannya.

Roslan Shahir Mohd Shahir berkata, kontroversi pertemuan pesuruhjayanya Datuk Hasan Ali dengan Harussani tidak pernah menjadi isu bagi PAS dan gabungan pembangkang di negeri itu.

"Penjelasan Datuk Hassan itu dengan sendirinya membersihkan namanya. Saya rasa isu saman ini tidak relevan," katanya.

Semalam Hasan (gambar, kanan) diminta mengambil tindakan undang-undang terhadap Harussani ekoran dakwaannya bahawa pemimpin PAS itu telah menemuinya untuk membincangkan kerjasama politik PAS-Umno.

Perkara itu timbul dalam majlis munaqasah (perbincangan) PAS negeri itu di dewan auditorium MBSA di Shah Alam semalam, demikian menurut ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad.

Ahli parlimen Kota Raja, Siti Mariah Mahmud dilapor mengemukakan cadangan tersebut ekoran implikasi serius dakwaan tersebut terhadap perpaduan parti.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Roslan mengesahkan isu pertemuan itu dibangkitkan dalam munaqashah parti itu semalam.

Bagaimanapun, tambahnya, program itu tidak dikhususnya bagi membincangkan perkara itu, sebaliknya membahaskan ucapan dasar presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam muktamar lalu.

Harussani terus dituduh berbohong
"(Cadangan saman) itu (hanya) pendapat Dr Mariahlah," katanya yang juga bekas setiausaha politik kepada Abdul Hadi itu.

Setelah pelbagai spekulasi dibuat, Hasan kelmarin mengakui bertemu dengan Harussani Zakaria kira-kira dua bulan lalu, tetapi tanpa agenda sulit.

Katanya, pertemuan yang diadakan sehari sebelum mesyuarat Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak itu bertujuan bagi meraih kebaikan bersama demi untuk kemajuan Islam dan kesejahteraan umat.

Beliau juga dilaporkan menegaskan tidak ada agenda khusus membincangkan soal politik perpaduan kerana tidak pernah diberi mandat PAS untuk tujuan itu.

Ekoran pengakuan itu, naib presidennya Datuk Mahfuz Omar terus menuduh Harussani berbohong dan memintanya memohon maaf secara terbuka pada PAS dan seluruh orang Melayu-Islam
"Datuk Harussani sepatutnya meletakan jawatan mufti Perak kerana beliau pernah menyatakan sebagai mufti beliau tidak berbohong, sedangkan pendedahan Hassan Ali menjelaskan pembohongan Harussani," katanya.

Usaha Malaysiakini mendapatkan ulasan mufti tersebut setakat ini belum berhasil.

Kawal pengambilan minuman '3-in-1'

Jul 26, 10 12:33pm
Penggunaan produk minuman '3-in-1' yang kini menjadi pilihan kebanyakan masyarakat perlu dikawal pengambilannya kerana ia boleh memudaratkan kesihatan jika diambil secara berlebihan.

Pensyarah Jabatan Pemakanan dan Dietetik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Dr Roslee Rajikan berkata pengguna perlu bijak membuat pilihan dengan melihat label nutrien atau zat makanan pada produk berkenaan.

"Jika ambil produk ini sekali sekala tanpa berlebihan saya rasa tidak timbul masalah. Tetapi jika sehari lima hingga enam kali, mungkin boleh timbul masalah," katanya semasa ditemubual Zulkifli Bujang dalam program Kerusi Panas di Radio 24.

Dr Roslee berkata pengguna tidak boleh mengawal pengambilan gula dengan pengambilan minuman 3-in-1, berbanding jika menyediakan sendiri minuman.

Menurut kajian Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), rakyat negara ini mengambil secara purata 26 sudu teh gula setiap hari, iaitu tiga kali ganda lebih tinggi daripada saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Dr Roslee berkata untuk mendidik masyarakat mengurangkan pengambilan gula bukan satu perkara mudah meskipun pelbagai kempen diadakan untuk menyedarkan masyarakat.

"Tetapi ramai juga orang yang telah mempunyai kesedaran telah beralih kepada corak pengambilan yang lebih baik. Dulu tidak pernah dengar teh tarik kurang manis dan teh O kurang manis. Tetapi sekarang sudah jadi perkara biasa," katanya.

Dr Roslee berkata meskipun kerajaan menambah bekalan gula sebanyak 15 peratus daripada biasa sebagai persediaan menyambut perayaan, orang ramai perlu bijak mengawal penggunaannya.

Beliau juga menasihatkan individu yang mempunyai ibu bapa atau keluarga yang menghidap diabetis supaya mengawal pengambilan gula dan mengamalkan pemakanan sihat bagi mengurangkan risiko menghidap penyakit yang sama.

"Memang ada sedikit pengaruh genetik kepada perkembangan penyakit ini. Tetapi kita tidak boleh menyalahkan ibu bapa (yang menghidap diabetis) sedangkan kita mempunyai keupayaan untuk mengubah cara hidup terutama pengambilan makanan yang sihat serta bersenam," katanya.
- Bernama

Sunday, July 25, 2010

Iran hantar roket, angkasawan 2019


GAMBAR fail pada 18 April lalu menunjukkan Mahmoud (dua dari kiri) diberi penerangan ketika menyaksikan sebuah roket untuk misi projek angkasa lepas pada perbarisan tentera Iran.

TEHERAN - Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad kelmarin mengumumkan negara itu kini bersedia melancarkan misi pertama kapal angkasa ulang-alik sendiri yang lengkap dengan pasukan angkasawan menjelang 2019, lapor stesen Press TV.

Misi itu katanya, perlu disegerakan dalam tempoh lima tahun bagi tujuan pertahanan ekoran tindakan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) mengenakan sekatan baru bulan lalu susulan projek nuklear Iran yang dipertikaikan.

"Kita berharap boleh menghantar angkasawan ke bulan bagi menyaingi musuh-musuh kita dalam bidang pertahanan aeroangkasa," kata Mahmoud merujuk kejayaan Iran melancarkan sendiri roket Kavoshgar-3 yang membawa satelit negara itu.

Tahun lalu, Iran berjaya melancarkan satelit Omid buatan tempatan buat kali pertama ke orbit angkasa lepas bagi kegunaan telekomunikasi dan penyelidikan secara aman. - AP

Hasan Ali akui temu Harussani tetapi bukan sulit

Jul 24, 10 11:01pm
Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Hasan Ali hari ini mengakui bertemu dengan Mufti Perak,Tan Sri Harussani Zakaria pada kira-kira dua bulan yang lalu tetapi tanpa agenda sulit.

Katanya, pertemuan yang diadakan sehari sebelum mesyuarat Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri , Datuk Seri Najib Razak itu bertujuan bagi meraih kebaikan bersama demi untuk kemajuan Islam dan kesejahteraan umat.

“Pertemuan tersebut bukan pertemuan sulit, malah diadakan secara terbuka ditempat yang terbuka,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Namun Hassan berkata pertemuan berkenaan tidak menatijahkan apa-apa tindakan susulan di kedua-dua pihak bahkan tidak ada sebarang perhubungan antara mereka berdua selepas itu.

“Saya tidak pernah diberi mandat oleh parti saya untuk membincangkan hal-hal politik perpaduan, oleh itu tidak ada agenda khusus membincangkan soal itu,” katanya.

Jangan berprasangka buruk
Sehubungan itu, katanya, mereka yang mempunyai prasangka dan agenda jahat terhadapnya digesa merenung semula dan bermuhasabah diri agar tidak menghabiskan masa dengan kerja-kerja yang tidak memberi manfaat kepada kemajuan agama, parti dan umat seluruhnya.

18 Julai lalu, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau mengalu-alukan mana-mana pihak yang bersedia untuk menjadi perantara atau orang tengah bagi membantu proses mewujudkan persefahaman di antara Umno dan PAS.

Muhyiddin mengulas kenyataan Harussani, sehari sebelum itu bahawa terdapat pemimpin kedua-dua parti Umno dan PAS yang datang berjumpa beliau baru-baru ini bagi membincang dan meminta pandangan beliau berhubung cara untuk menyatupadukan kedua-dua parti tersebut.

Harussani bagaimanapun tidak mendedahkan siapa pemimpin berkenaan yang berbincang dan meminta pandangan beliau berhubung cara untuk menyatupadukan kedua-dua parti yang bermusuhan itu.

Berikutan itu timbul pelbagai spekulasi, khususnya di laman blog dan antara pemimpin akar umbi PAS sendiri.

Sebuah blog yang tak jemu-jemu membangkitkan isu tersebut - dengan mengaitkannya dengan idea kerajaan perpaduan - Malaysia Waves dengan terang-terang mendakwa pemimpin yang dimaksudkan Harussani itu ialah Hasan Ali.

Sunday, July 18, 2010

Perjuangan Islam Umno hanya Lakonan semata-mata..

Mereka sanggup untuk mempermaikan hukum Allah dari melaksanakanNya .
Mereka sanggup mencari dalil untuk membenarkan apa sahaja yang mereka lakukan.
Wang dan Kuasa telah melupakan mereka terhadap kewajipan perlaksanaan Hukum yang termaktub dalam Al-quran. 
Mereka hanya takut kehilangan kuasa dari azab api neraka.
Mereka bersekongkol dengan Ulamak dunia untuk mengekalkan sokongan rakyat.

Adalah golongan ini kita harapkan untuk melaksanakan hukum Allah di Malaysia ini...?


 Ulasan lakonan debat umNO-PAS-Tn Ibrahim Tn Man
 

Melayu hilang kuasa pada PRU-13?



(HARUSSANI Zakaria (kanan) bersama Hilmi Ismail ketika sidang akhbar pada Perhimpunan Melayu Perak 2010 di Ipoh, semalam.)

IPOH 17 Julai - Orang Melayu akan hilang kuasa pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) jika UMNO dan Pas terus berdegil untuk tidak bersatu.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang melahirkan kebimbangan tersebut berkata, kedegilan kedua-dua parti Melayu terbabit untuk meletakkan keutamaan agama di tempat sepatutnya hanya akan memberi kesan buruk kepada masa depan orang Melayu sendiri.

''Kalau kita terus berpecah-belah, kita akan terima kekalahan (pada PRU-13), itu sahaja. Dan akan berlaku satu bentuk penjajahan baru," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Perhimpunan Melayu Perak 2010 di Dewan Bankuet Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini hari ini.

Hadir sama dalam perhimpunan sehari anjuran Gagasan Melayu Perak (GMP) itu ialah presidennya, Datuk Seri Mohd. Hilmi Ismail.

Harussani menegaskan, pemimpin Melayu perlu sedar bahawa mereka memikul tanggungjawab memastikan kepentingan orang Melayu terjamin.

''Adakah agama yang mengajar kita suruh berdegil? Sedangkan degil itu adalah sifat keji dalam Islam. Kalau itu sifat keji, kenapa tidak dibuang daripada diri kerana ia tidak akan menguntungkan diri.

''Kalau dia pemimpin, dia tidak akan menguntungkan rakyat. (Sedangkan) bila jadi ketua, amanah untuk menjaga ummah itu kewajipan dia. Kalau dia berdegil, amanah tiada pada dia, rakyat akan hancur," ujar beliau.

Ditanya apakah masih ada harapan untuk orang Melayu khususnya membabitkan UMNO dan Pas bangkit dan bersatu semula jawabnya:

''Insya-Allah disebabkan kedua-dua puak (parti) ini mempunyai keinginan hendak bersatu.

''Ada pemimpin Pas datang berjumpa saya, begitu juga pemimpin UMNO. Mereka minta pandangan bagaimana untuk disatukan (kedua-dua parti)."

Mengulas lanjut kata Harussani, penyatuan masih tidak dapat dilakukan sehingga hari ini kerana kedua-dua pihak telah meletakkan faktor keutamaan di tempat yang salah.

''Saya percaya tujuan orang Pas memperjuangkan Islam ikhlas tapi meletakkan (keutamaan) di tempat yang salah. Mereka taksub sebab tidak faham. Orang UMNO serupa juga.

''Kalau kedua-dua parti memahami faktor keutamaan itu, apa yang perlu diutamakan? Keutamaan adalah agama dahulu dan agama tidak menyuruh kita membenci sesama umat Islam bahkan kasih-mengasihi sesama kita," katanya.

Dalam perkembangan sama, Harussani berkata, langkah GMP menganjurkan perhimpunan seumpama itu dapat membantu menyatupadukan orang Melayu.

Sementara itu, Mohd. Hilmi menegaskan, perlunya satu perhimpunan Melayu membabitkan semua lapisan masyarakat termasuk raja-raja dan pemimpin parti politik sendiri untuk melahirkan semangat Melayu dalam menyata dan memperjuangkan hak mereka seperti termaktub di dalam Perlembagaan Negara.

''Cara ini dapat menginsafkan pemimpin-pemimpin Pas dan UMNO yang masih berdegil dan tidak memikirkan tentang masa depan orang Melayu," katanya.




KENCING MANIS RAKYAT MENURUN,DARAH TINGGI RAKYAT MENAIK

Rakyat lebih rasional terima pengurangan subsidi bahan api, gula(Rakyat mana yang rasional???Rakyat Bangla atau Myanmar???Atau Beruk dihutan???)

IPOH: Rakyat dan pelbagai pihak di sektor ekonomi dilihat lebih rasional dan bersedia menerima langkah kerajaan mengurangkan subsidi bahan api dan gula (dengan menaikkan harga bahan api dan gula )Mau tipu rakyat ka???, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

"Maklum balas sejak dilaksanakan nampak positif daripada semua pihak terutama dari rakyat apabila pihak media menunjukkan perbandingan harga dengan negara lain.

"Walaupun dikurangkan subsidi(walaupun dinaikan harga), harga produk itu masih rendah berbanding negara jiran (masih tinggi berbanding pendapatan perkapita rakyat malaysia)dan ini membuka pengetahuan rakyat," katanya. (ini membuka kemarahan rakyat,"kata aku)

Beliau berkata demikian pada majlis doa selamat dan perasmian pecah tanah pasar Manjoi di Tapak Pasar Manjoi, pagi ini. sumber berita Hairan bin ajaib

Saturday, July 17, 2010

1 Ogos: Pemilik kenderaan asing tak boleh beli RON95

Jul 16, 10 8:49pm Bermula 1 Ogos ini, pemilik kenderaan asing tidak lagi dibenarkan membeli petrol RON 95 di stesen-stesen minyak di negara ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pemilik kenderaan tersebut hanya dibenarkan membeli petrol RON 97 yang diapungkan secara terkawal melalui penyelarasan subsidi yang diumumkan kerajaan.

"Pelaksanaan ini adalah sesuai dengan dasar kerajaan yang mana subsidi hanya untuk rakyat Malaysia dan bukan kepada pemilik kenderaan asing," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Hari Koperasi Negara yang dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Kuantan hari ini.

Semalam, kerajaan mengumumkan subsidi petrol RON 95 dan diesel dikurangkan lima sen manakala petroleum gas cecair (LPG) dikurangkan 10 sen sekilogram berkuatkuasa hari ini.

Petrol RON 97 pula tidak lagi diberikan subsidi dan harga akan tertakluk kepada apungan secara terkawal dengan harga ditentukan oleh mekanisme harga automatik.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata, penyelarasan subsidi itu tidak sepatutnya memberi kesan kepada harga barangan pada masa ini.

Beliau berkata, kenaikan bahan terbabit adalah kecil dan pihaknya telah melakukan kajian terhadap kos yang terpaksa ditanggung peniaga.

"Contohnya harga teh tarik, dengan kenaikan gula sebanyak 25 sen sekilogram ini, kenaikan kos adalah sebanyak 1.2 sen sahaja, tidak ada sebab kalau kedai-kedai teh tarik mahu menaikkan harga di antara 10 hingga 20 sen," katanya.

Justeru, katanya, pihaknya akan mengadakan pertemuan dengan pengeluar, pemborong dan peruncit Isnin ini dalam mendapatkan komitmen mereka supaya tidak menaikkan harga barangan.

Selain itu, katanya, kementeriannya juga akan menggerakkan 1,600 pemantau harga dan 2,000 pegawai penguatkuasa di seluruh negara bagi memastikan tiada berlaku kenaikan harga barangan.

Beliau turut meminta para pengguna memaklumkan segera kepada pihaknya jika terdapat peniaga yang menaikkan harga barangan sesuka hati untuk tindakan lanjut.
- Bernama

Thursday, July 15, 2010

Hadiah Umno/BN untuk 40 Ulamak sertai Umno.

Ni dia hadiah untuk hampa , bagus tak masuk lagi Umno .
ni baru berjiwa rakyat .. rakyat didahulukan betul tu..

Berikut adalah harga baru:

Petrol RON 95 - RM1.85 seliter.
Petrol RON 97 - RM2.10 seliter.
Diesel - RM1.75 seliter.
Gula - RM1.70 sekilogram
Gas LPG - RM1.85 sekilogram

5-dalam-1: Harga petrol, diesel, gula dan gas naik


Jul 15, 10 6:26pm
Kongsi 0Harga petrol, diesel, gula dan gas LPG naik berkuatkuasa mulai tengah malam ini.
Petrol RON 95 dan RON 97 serta diesel naik 5 sen.
Manakala harga gula pula naik 25 sen, dengan gas LPG naik sebanyak 10 sen sekilogram

Kenaikan semua harga tersebut akan berkuatkuasa mulai tengah malam ini.

Berikut adalah harga baru:
Petrol RON 95 - RM1.85 seliter.
Petrol RON 97 - RM2.10 seliter.
Diesel - RM1.75 seliter.
Gula - RM1.70 sekilogram
Gas LPG - RM1.85 sekilogram

Berikut adalah harga baru gas:
Tong 14KG - dari RM24.50 kepada RM25.90 (naik RM1.40)
Tong 12KG - dari RM21.00 kepada RM22.20 (naik RM1.20)
Tong 10KG - dari RM17.50 kepada RM18.50 (naik RM1.00)

Sementara itu, Berita Harian online memetik Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai berkata, kerajaan perlu mengurangkan subsidi bagi menjimatkn perbelanjaan kerajaan dan mengurangkan defisit fiskal supaya pasaran dunia dan dalaman lebih yakin dengan kekuatan ekonomi negara.

Najib berkata demikian selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno bahagian Kuala Kedah di Alor Star, petang ini.

Beliau yang juga menteri kewangan berkata, penjimatan perbelanjaan itu juga akan digunakan untuk pembangunan negara yang akhirnya memberi faedah kepada rakyat.

Beliau turut memberi jaminan pengurangan subsidi akan dibuat secara minimum supaya tidak membebankan rakyat.

Pada 27 Mei lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala dilaporkan berkata, Malaysia akan muflis pada 2019 jika kerajaan tidak memotong subsidi dan bergantung kepada pinjaman.

Katanya, hutang Malaysia akan meningkat kepada 100 peratus daripada GDP pada 2019 d- daripada 54 peratus sekarang jika subsidi tidak dipotong.

Tuesday, July 13, 2010

Luna-Ariel lepas rindu di dalam penjara

Walaupun mengharungi masa sukar kerana berdepan tuduhan melakonkan video lucah, pasangan yang sedang hangat bercinta, Ariel dan Luna Maya dikatakan sempat melepaskan rasa rindu di dalam bilik tahanan.

Melihat daripada gambar yang tersebar yang menunjukkan Ariel sedang memangku Luna sambil mereka menonton sesuatu di telefon bimbit Luna Maya.

Malah, gambar tersebut dipercayai diambil daripada kamera telefon bimbit berdasarkan resolusi yang rendah.

Luna sememangnya dibenarkan untuk berjumpa Ariel sejak penyanyi yang digelar Peterporn itu ditahan.

Walau bagaimanapun rakan terdekat Luna menafikan Luna menangis ketika berjumpa Ariel tetapi tidak menafikan Luna kelihatan sebak ketika dapat memeluk Ariel.

“Luna tidak menangis, cuma matanya saja berkaca-kaca, ialah kerana rindu,” jelas rakan Luna.

Nizar Akan Bawa Isu Saman Ekor Ke Dewan Rakyat

IPOH: Anggota Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, beliau akan membangkitkan isu saman ekor dalam Dewan Rakyat kerana telah menimbulkan banyak masalah kepada orang ramai.

Beliau berkata, tindakan polis menguatkuasakan saman ekor bercanggah denganundang-undang kerana pemilik kenderaan hanya boleh didakwa dan didapati bersalahdi mahkamah dan bukannya diminta terus membayar saman.

"Pengeluaran saman itu agak samar... saya akan membawa perkara ini ke Dewan Rakyat dan minta ia diberhentikan serta-merta kerana ia satu penganiayaan," katanya pada sidang akhbar di sini pada Selasa.

Pada 9 Julai lalu, Ketua Trafik Persekutuan Datuk Abdul Aziz Yusof mengeluarkan kenyataan bahawa pihaknya tidak merancang untuk mengkaji semula saman ekor berikutan rungutan orang ramai yang mendakwa tidak menerima notis saman.

Abdul Aziz berkata, dakwaan itu timbul akibat mereka tidak mengemas kinialamat masing-masing. - BERNAMA

Macam-macam ada dalam dunia ini..

Sotong pun besara buat keje syirik, maknusia bila lagi..??





PAUL berenang dekat replika trofi Piala Dunia di dalam

Akuarium Sea Life di Oberhausen, Jerman semalam.










BERLIN - Sotong kurita selebriti, Paul yang menjadi sensasi kerana meramalkan tujuh perlawanan bola sepak Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan akan bersara daripada membuat ramalan perlawanan bola sepak.

Menurut jurucakap Akuarium Sea Life du Oberhausen, Tanja Munzig, haiwan itu tidak lagi melakukan urusan ahli nujum.

"Ia tidak lagi membuat sebarang ramalan sama ada bola sepak atau politik, gaya hidup atau ekonomi.

"Paul akan kembali dengan pekerjaan lama iaitu membuat kanak-kanak gembira," kata Munzig.

Ramalan terakhir yang dibuat sotong itu ialah kemenangan Sepanyol ke atas Belanda.

Namun semalam, kakitangan akuarium itu yang menjadi tempat tinggal haiwan berkenaan menghadiahkan Paul dengan piala emas mirip Piala Dunia.

Semasa piala itu yang dihiasi dengan tiga kupang, Paul pada mulanya tidak menghiraukannya selama beberapa minit semasa ia dimasukkan ke dalam akuarium.

Akhirnya, sotong itu mengambil salah satu kupang dan memakannya di depan kamera televisyen.

Paul mendapat perhatian peminat bola sepak apabila ia meramalkan dengan tepat perlawanan melibatkan Jerman termasuk kekalahan skuad itu kepada Sepanyol.

Sementara itu, seorang ahli perniagaan Sepanyol mahu membeli Paul dengan harga AS$38,000 (RM121,676) dan mahu menamakannya Paulo.

Ahli perniagaan itu mahu menjadikan haiwan tersebut sebagai maskot untuk satu majlis makanan yang besar.

Sebelum ini, sotong itu menjadi kemarahan penduduk Jerman dan Argentina yang mahu memakannya selepas dia meramalkan Argentina kalah kepada Jerman dan Sepanyol menewaskan Jerman. - Agensi

Rashid Ismail: OK untuk lompat ke Pakatan

Jul 13, 10 / 12:29pm Bekas ketua Umno Jelutong Datuk Abdul Rashid Ismail berkata parti Melayu itu tidak mungkin dapat terus berkuasa jika ia gagal menangani masalah-masalahnya. Beliau juga menasihatkan ahli-ahli bahagian bahawa tidak salah bagi melompat ke parti lain jika tidak berpuas hati.

Bahagian Umno Jelutong yang tercalar akibat pergeseran dalaman mengadakan mesyuarat agung tahunannya di Pulau Pinang, malam semalam dan tanpa menyangka mendapat sokongan daripada bekas pengerusinya yang kini adalah ahli seumumr hidup Umno dan terbabit dengan kerja-kerja NGO sejak persaraanya.

Abdul Rashid adalah ketua bahagian sebelum 2004 dan secara kontroversial digantung atas dakwaan politik wang tetapi menafikan perkara itu yang dikatakannya tidak berasas.

Sesudah digantung, beliau menjalani zaman yang mencabar apabila isterinya, Khatijah Zainuddin dibunuh di Jelutong pada April 2000.

Malam semalam, Abdul Rashid membuat pendedahan bahawa dia sanggup menyokong ahli-ahli seperjuangannya dari belakang.

"Apabila saya mendengar cerita sedih berhubung kepimpinan negeri yang membelakangkan perlembagaan (dengan menutup 17 cawangan Umno Jelutong), saya fikir saya perlu terbabit semula,” katanya.

Bagaimanapun, beliau menolak cadangan yang beliau akan memegang jawatan kanan parti itu.

Abdul Rashid menggesa ahli-ahli yang tidak berpuas hati supaya terus memprotes dan berani memperjuangkan hak bagi memastikan cawangan mereka dihidupkan semula.

"Jangan rasa bersalah. Pilihan lain, anda boleh lompat ke parti lain seperti PKR atau PAS - masih ada Pakatan Rakyat. Ia masih boleh diterima kerana anda bukan melompat ke agama lain,” katanya kepada kira-kira 60 anggota yang hadir. sumber malaysiakini

Monday, July 12, 2010

Andres Iniesta wira julang Sepanyol juara Piala Dunia 2010





(Para pemain Sepanyol meraikan kejayaan merangkul kejuaraan Piala Dunia FIFA 2010
selepas berjaya menewaskan Belanda 1-0 pada perlawanan akhir yang berlangsung
di Stadium Soccer City, Johannesburg. –foto AFP)


JOHANNESBURG: Andres Iniesta muncul wira buat Sepanyol apabila gol tunggalnya memastikan The Matador menang 1-0 ke atas Belanda di Stadium Soccer City.

Gol Iniesta itu hadir pada minit ke-116 dalam masa tambahan hasil daripada umpanan Cesc Fabregas untuk memusnahkan impian lawan berikutan kedua-dua pasukan belum pernah muncul juara.

Sejak di awal permainan, sukar untuk menentukan bayangan pasukan manakah yang bakal bergelar juara juga belum jelas berdasarkan peluang seimbang yang diciptakan oleh kedua-dua pasukan.

Vicente Del Bosque mengekalkan skuad yang sama seperti dalam peringkat separuh akhir bertemu Jerman yang menyaksikan Fernando Torres kekal di bangku simpanan.

Sepanyol bagaimanapun terlebih dahulu berpeluang menguji Maarten Stekelenburg menerusi tandukan Ramos namun sempat ditepis oleh penjaga gol itu pada minit ke-5.

Namun rentak Belanda semakin yakin selepas beroleh peluang pertama berikutan kesilapan Sergio Busquets yang hampir membawa padah buat The Matador. Mujur cubaan jauh Dirk Kuyt tepat ke arah Iker Casillas.

Penjaring terbanyak Sepanyol, David Villa kemudian berjaya melepasi perangkap ofsaid tetapi bola terlalu jauh dalam kawalannya. Penggempur itu sekali lagi memiliki peluang untuk memecah kebuntuan tetapi cubaan kali ini sekadar singgah di luar jaring sahaja.

Gandingan Robben dan Wesley Sneijder sekali lagi memainkan peranan penting untuk mengkucar-kacirkan benteng juara Euro 2008 itu yang diketuai Puyol.

Pada minit ke-33, Casillas hampir dimalukan apabila silap mengagak hantaran 'fair play' apabila bola melantun tinggi hampir melepasinya tetapi hujung jarinya memastikan bola dikeluarkan.

Namun van Persie bertindak lebih bijak dengan menolak sepakan penjuru tersebut ke arah penjaga gol Real Madrid itu.

Pertahanan The Oranje, Joris Marthijsen berputih mata apabila sekadar menyepak angin ketika tidak dikawal di kiri kotak penalti lawan.

Pertukaran pertama dalam perlawanan dilakukan (m60), Pedro dikeluarkan dan memasukkan Jesus Navas.

Pada minit ke-64 Casillas membuktikan mengapa dia adalah pilihan nombor satu apabila menyelamatkan percubaan satu lawan satu dengan Robben.

Pada minit ke-70, Heitinga muncul menyelamatkan keadaan bahaya apabila mengecewakan Villa apabila tendangannya dihadang pertahanan Everton itu.

Tidak lama selepas itu, Sergio Ramos pula terlepas peluang menanduk masuk pergerakan mirip gol Puyol dalam aksi separuh akhir.

Pada minit ke-83, apakah yang difikirkan Robben apabila dia mempersiakan peluang apabila sekali lagi gagal melepasi halangan terakhir Casillas.

Menuju lima minit wisel 90 minit ditiupkan, dua pasukan Eropah itu lebih berminat membuat hantaran selamat untuk mengheret perlawanan ke masa tambahan.

Tempoh 15 minit lagi diperlukan untuk menentukan siapakah juara Piala Dunia edisi sulung di benua Afrika.

Belanda dan Sepanyol kelihatan seperti tidak rela untuk membiarkan pemenang ditentukan melalui sepakan penalti.

15 minit tambahan masa pertama berlangsung, Sepanyol begitu bersemangat untuk memburu kelebihan gol. Juara Euro 2008 itu menimbulkan kelam-kabut di dalam kotak penalti lawan.

Cesc Fabregas, pemain yang dimasukkan pada lewat permainan tetapi tendangannya mengenai kaki Maarten Stekelenburg tatkala penjaga gol itu sudah merebahkan badan.

Susulan daripada gerakan itu, Andres Iniesta bersikap tamak kerana ingin melakukan tindakan penyudah meskipun dua rakannya yang lain berada di posisi lebih terbuka.

14 kad kuning telah dilayangkan, sembilan daripadanya diberikan kepada kem Belanda sekaligus rekod baru temasya apabila Webb melepasi layangan enam kad kuning yang dilakukan pada 1986 dan 1990.

Ketika perlawanan bersambung, Heitinga menerima kad kuning kedua gara-gara kesalahan menarik Iniesta dan pengadil tidak mempunyai pilihan selain daripada mengarahkannya meninggalkan.

Ketika permainan berbaki empat minit, Iniesta menghadirkan keceriaan buat penyokong Sepanyol apabila menewaskan Stekelenburg dengan 10 gerakan serangan kilat.

Walaupun anak-anak buah van Marwijk cuba membantah kerana mendakwa Iniesta dalam kedudukan ofsaid, tetapi rakaman ulang tayang jelas pemain Barcelona berkenaan tidak membuat sebarang kesalahan untuk meletakkan satu lagi trofi dalam kabinet The Matador.